BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Udang Thailand Dibincang Secara Intensif - Mohamad Sabu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Isu Udang Thailand Dibincang Secara Intensif - Mohamad Sabu​

fd16b431695e1fc001202a5c0fdfcd556a366319d5d2e

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Program Road To Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 Zon Tengah di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Rundingan antara kerajaan Malaysia dan Thailand membabitkan isu penggantungan sementara import udang sedang dijalankan secara intensif, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata perbincangan antara kedua-dua negara menjurus kepada penyelesaian terbaik yang dapat menjaga kepentingan semua pihak.

“Kami masih di peringkat perundingan dan perkara ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri. Jadi, perbincangan dibuat secara intensif bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kami cuba mempertahankan hak dan kepentingan negara manakala pihak mereka pula akan menjelaskan perkara berkaitan eksport ikan dan udang ke Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Road To MAHA 2026 peringkat Zon Tengah di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak ketika mengulas mengenai maklum balas soal selidik dihantar kementerian berkenaan kepada Thailand berkata Malaysia telah menerima maklum balas itu dan ia sedang dalam proses penilaian.

“Maklum balas telah diterima. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah menilai, mengesahkan serta mengaudit maklumat yang diberikan supaya memenuhi segala keperluan dan syarat biosekuriti negara,” katanya ketika ditemui pada majlis sama.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia sedang menunggu maklum balas daripada pihak Thailand bagi soal selidik berkaitan import udang sebelum menilai tahap pematuhan aspek biosekuriti negara itu susulan tindakan penggantungan sementara kemasukan lima spesies udang dari negara berkenaan.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dilaporkan berkata KPKM telah meminta Thailand membalas soal selidik yang dihantar melalui pejabat perwakilan pertanian Malaysia di Bangkok.

Pada 16 Mei lepas, Malaysia memperketatkan kawalan import produk perikanan dari Thailand menerusi penguatkuasaan keperluan CoA bagi ikan siakap serta sekatan sementara terhadap lima spesies udang bermula 1 Jun lepas.

 
Back
Top
Log in Register