BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pihak Berkuasa Kompeten Malaysia, Thailand Runding Isu Teknikal Perdagangan Udang Dan Siakap

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Pihak Berkuasa Kompeten Malaysia, Thailand Runding Isu Teknikal Perdagangan Udang Dan Siakap​

730ff0be943287b5fd556ea190c5f834690760aa06424

Datuk Adnan Hussain

Pihak berkuasa kompeten Malaysia dan Thailand sedang berunding bagi menyelesaikan isu berkaitan perdagangan siakap dan udang, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.

Beliau berkata rundingan itu menumpukan kepada usaha memperhalusi keperluan teknikal bagi memudah cara perdagangan tanpa menjejaskan aspek biosekuriti, keselamatan makanan dan kesihatan haiwan akuatik.

"Malaysia melihat proses ini sebagai penyelarasan teknikal antara pihak berkuasa kompeten kedua-dua negara, bukannya pertikaian perdagangan.

"Pendekatan yang diambil adalah berasaskan sains, pengurusan risiko dan kepentingan bersama bagi memastikan hubungan perdagangan perikanan terus berkembang secara adil, telus dan saling menguntungkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berhubung perdagangan udang, Adnan berkata Malaysia mengemukakan 35 soalan teknikal bagi mendapatkan penjelasan lanjut hasil penilaian awal maklumat yang diberikan Thailand, sebelum sebarang penilaian risiko dimuktamadkan.

Bagi perdagangan siakap pula, beliau berkata kedua-dua negara jiran itu sedang memperhalusi beberapa keperluan import termasuk aspek pensijilan, keselamatan makanan dan pengurusan risiko.

Adnan berkata Malaysia turut mengemukakan beberapa cadangan bagi memperkukuh kerjasama teknikal, termasuk penyelarasan keperluan pensijilan, pengukuhan sistem kebolehkesanan, perkongsian data saintifik serta mekanisme pemeriksaan yang lebih berasaskan risiko.

"Malaysia berharap pendekatan tersebut dapat membuka ruang kepada semakan semula keperluan pensampelan 100 peratus terhadap pengeksport siakap, yang mempunyai rekod pematuhan baik serta penerokaan mekanisme seperti green lane bagi ladang yang memenuhi standard keselamatan makanan dan biosekuriti," katanya.

Adnan menegaskan bahawa setiap keputusan yang diambil Malaysia adalah berasaskan penilaian risiko saintifik dan piawaian antarabangsa.

 
Back
Top
Log in Register