BTC USD 82,955.7 Gold USD 4,117.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengapa diorang maju??

maju2 jepun pun..tgk sosial die..dgn porn beleluasa..seks jd bahan ujikaji bkn benda utk dinikmati

yg tu x dpt dinafikanla, bende2 mcm tu kt mana2 pn ada sbb ada prmintaan, tp jgnla kita mnghukum sluruh jepun mcm tu, kita amikla yg positif....kt sini pn apa kurengnye, negara islam hadhari :D
 
sikit-sikit freemason, sikit-sikit yahudi.

antara sebab Malaysia tak maju.
 
diaorg xde BN ke? bukan ke bn je yang boleh bawak kemajuan? harap pm kita boleh bawa BN ke sana. bawa slogan 1 asia truly asia sebagai moto.

cc : najib razak
 
Saya antara yg bertuah kerana pernah menjejakkan kaki di negara jepun. Memang seperti yg ramai poster katakan, budaya mereka sangat 'advance' sekali.

Boleh dikatakan di benua Asia, budaya mereka memang adalah yang paling bertamadun & termaju. Jadi tidak hairanlah jika ekonomi, teknologi & sains mereka adalah top 5 dunia.

Semasa di sana, sy cuba menjadi seorang pemerhati terhadap budaya & persekitaran mereka.

Saya perhatikan tidak kira di bandar atau di pingir bandar kawasan awam mereka iaitu jalan raya, tandas awam, lorong2 belakang kedai sangat bersih. Sehinggakan sebutir sampah yg ada di jalan raya "hanya" putung rokok. Menggambarkan betapa pembersihnya mereka. Satu persamaan yang mungkin ada dengan kita ialah, mereka membuka kasut apabila masuk ke kawasan rumah.

Jalan raya mereka juga sangat kemas, rata & boleh dikatakan saya tidak jumpa jalan raya mereka yang berlubang-lubang atau rosak! Mungkin teknologi pembuatan & rekabentuk jalan mereka sangat kedepan, atau maintenance mereka memang bagus.

Begitu juga dengan akhlak mereka. Dalam berurusan dengan pelanggan, perasaan hormat sangat diutamakan. Senyuman tak pernah lekang dari wajah pelayan mereka. Jika customer duduk bersila untuk makan, pelayan mereka juga akan duduk bersimpuh ketika mengambil pesanan!

Masa itu emas. Ianya lebih sinonim atau dicerminkan oleh budaya Jepun pada tahap tertinggi. Setakat yang saya rasai (seperti tt share), tren mereka tidak pernah terlewat lebih dari 30 saat dari masa yang dijadualkan. Memulakan mesyuarat, ke tempat kerja, balik dari rehat dan sebagainya, semua dilakukan dengan mematuhi masa dengan tepat.

BUdaya malu mereka juga sangat penting. Mereka akan tertunduk2 malu & meminta maaf jika ada kesalahan yang dilakukan mereka.

Sepanjang saya berada di sana, & sekembalinya di malaysia, saya banyak berfikir. Majunya mereka bukanlah semata-mata ilmu sains yang dipelajari mereka. Budaya & akhlak tinggi turun temurun, sebenarnya, pada saya, adalah penyumbang utama kepada kemajuan mereka. BUdaya samurai atau bushido mereka telah wujud beratus-ratus tahun dahulu. Ingat tsunami yang menimpa mereka pd tahun 2011? Dalam keadaan susah pun mereka sangat berdisiplin.

Banyak yang boleh & perlu kita belajar & ambil dari mereka. BUdaya boleh diubah, boleh dibentuk & boleh dipupuk. Saya yakin jika kena caranya, budaya kita juga boleh berubah kepada yang lebih baik.

betol2 sy setuju..:)cgrock:)cgrock
 
jepon mana ada akhlak tinggi, memang betul la korang tak kenal jepon.

jepon ni kacau orang malu, wat salah malu.. bogel2 kat tempat awam tak malu pulak.. incest kat jepon pun banyak gak..

memang mereka maju, tapi ada juga yang mereka jahil.. tak beragama,.. shameless dan lain2..
 
Pada saya tujuan topik sebegini adalah untuk "yang baik dijadikan teladan, & yang buruk jadikan sempadan" itu sahaja...

Sebagaimana yg saya katakan, budaya boleh berubah. Jikalau dulu Arab Jahilliah yg boleh diubah oleh Rasul menjadi Tamadun yang yang cemerlang merentas beratus-ratus tahun, & akhirnya tumbang (tengoklah keadaan negara Arab hari ini yg tidak putus bergolak) disebabkan ketamakan, kezaliman & lain2, makan tamadun lain juga begitu.

Tidak hairan jika suatu masa nanti, budaya Jepun juga boleh merudum. Tetapi, anda tidak boleh nafikan yg budaya Jepun adalah antara budaya yg cemerlang & menjadi contoh pada masa kini, kerana Negara2 Barat pun mengiktiraf mereka. Masakan Korea, Taiwan, China, & juga negara Asean yang lain memandang kpd mereka.

Mungkin pengalaman sedara tersebut adalah terpencil. Sy cadangkan sedara rasai sendiri pengalaman di sana, & bandingkan dgn negara2 Asia yang lain. BUkan tujuan kita utk mengagung2kan mereka, tetapi yg penting untuk dijadikan Contoh & Teladan.
 
dah banyak kali saya pergi jepon masa bujang dulu ikut tokey halfcut par2 kereta.:D

Tidak ada apa pun sy boleh kagum ngn jepon selain kemajuan mereka.
 
sebab zaman kita pakai cawai diorang dah serang negara lain.
 
Back
Top
Log in Register