Saya antara yg bertuah kerana pernah menjejakkan kaki di negara jepun. Memang seperti yg ramai poster katakan, budaya mereka sangat 'advance' sekali.
Boleh dikatakan di benua Asia, budaya mereka memang adalah yang paling bertamadun & termaju. Jadi tidak hairanlah jika ekonomi, teknologi & sains mereka adalah top 5 dunia.
Semasa di sana, sy cuba menjadi seorang pemerhati terhadap budaya & persekitaran mereka.
Saya perhatikan tidak kira di bandar atau di pingir bandar kawasan awam mereka iaitu jalan raya, tandas awam, lorong2 belakang kedai sangat bersih. Sehinggakan sebutir sampah yg ada di jalan raya "hanya" putung rokok. Menggambarkan betapa pembersihnya mereka. Satu persamaan yang mungkin ada dengan kita ialah, mereka membuka kasut apabila masuk ke kawasan rumah.
Jalan raya mereka juga sangat kemas, rata & boleh dikatakan saya tidak jumpa jalan raya mereka yang berlubang-lubang atau rosak! Mungkin teknologi pembuatan & rekabentuk jalan mereka sangat kedepan, atau maintenance mereka memang bagus.
Begitu juga dengan akhlak mereka. Dalam berurusan dengan pelanggan, perasaan hormat sangat diutamakan. Senyuman tak pernah lekang dari wajah pelayan mereka. Jika customer duduk bersila untuk makan, pelayan mereka juga akan duduk bersimpuh ketika mengambil pesanan!
Masa itu emas. Ianya lebih sinonim atau dicerminkan oleh budaya Jepun pada tahap tertinggi. Setakat yang saya rasai (seperti tt share), tren mereka tidak pernah terlewat lebih dari 30 saat dari masa yang dijadualkan. Memulakan mesyuarat, ke tempat kerja, balik dari rehat dan sebagainya, semua dilakukan dengan mematuhi masa dengan tepat.
BUdaya malu mereka juga sangat penting. Mereka akan tertunduk2 malu & meminta maaf jika ada kesalahan yang dilakukan mereka.
Sepanjang saya berada di sana, & sekembalinya di malaysia, saya banyak berfikir. Majunya mereka bukanlah semata-mata ilmu sains yang dipelajari mereka. Budaya & akhlak tinggi turun temurun, sebenarnya, pada saya, adalah penyumbang utama kepada kemajuan mereka. BUdaya samurai atau bushido mereka telah wujud beratus-ratus tahun dahulu. Ingat tsunami yang menimpa mereka pd tahun 2011? Dalam keadaan susah pun mereka sangat berdisiplin.
Banyak yang boleh & perlu kita belajar & ambil dari mereka. BUdaya boleh diubah, boleh dibentuk & boleh dipupuk. Saya yakin jika kena caranya, budaya kita juga boleh berubah kepada yang lebih baik.