BTC USD 88,182.2 Gold USD 3,011.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Rahsia Mengapa Yahudi Bijak

Sponsored Post

*-Unite For Islam-*

*Mitos Yahudi Bijak Kerana*
*Mereka Bangsa Pilihan?*
======================

Video : https://goo.gl/FwTYrL
Image : *Kitab Mukhtasar*
*[Tafsir Ibnu Kathir]*

*1)* Berlegar dalam FB tentang kecerdasan Bani Israel atau dengan kata lain, bangsa Yahudi. Video pendek ini secara ringkasnya pihak kami melihat terbitan sebuah channel TV di Indonesia yang memaparkan kegeniusan bangsa Yahudi dengan keterkaitan dengan dalil Al-Quran.

*2)* Secara ringkasnya video sepanjang 9 minit 27 saat ini memaparkan story-board berkenaan dengan amalan Bangsa Israel zaman sekarang. Dimulai dengan menerangkan bahawa Al-Quran telah mentakdirkan bahawa kaum Yahudi ini adalah bangsa yang paling cerdas di dunia dengan memasukkan surah Ad-Dukhan ayat 32, yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah memilih kamu (Bani Israel) berdasarkan ilmu pengetahuan (Kami) atas sekalian Alam”.

*3)* Video ini seterusnya mengisahkan bagaimana Bangsa Yahudi ini melakukan amalan pemakanan sunah dan latihan matematik, dengan dalil daripada sunah Nabi SAW, kemudian di peringkat kanak juga mereka banyak diberi buah badam dan memakan ikan. Sekali lagi dikaitkan dengan hadis tentang keharusan memakan ikan. Di peringkat pendidikan Universiti juga mereka diajar untuk dalam bidang matematik berkaitan dengan ekonomi, sekali lagi sirah Nabi dikaitkan dengan amalan Nabi Muhamad SAW yang melakukan perniagaan dengan modal dari Siti Khadijah RadiaLlahu anha.

*4)* Terakhir dalam video ini memaparkan bahawa kegiatan ko-kurikulum bangsa Yahudi adalah memanah dan menembak, sekali lagi dikaitkan dengan sunah Nabi menganjurkan sukan memanah.

*5)* Pada kesimpulan video ini, dibuat kesimpulan bahawa untuk menjadi cerdas umat Islam mesti kembali kepada ‘pemakanan sunah ini’, amalan sunah ini, dan di samping mendapat pahala kerana mengikut sunah. Itulah naratif yang ingin disampaikan dan diseru kepada umat Islam untuk menjadi Cerdas seperti mana Yahudi.

*6)* Persoalannya, betulkah cara berfikir dan naratif tersebut? UFI terpanggil untuk membuat kupasan tentang masalah ini supaya umat Islam ini, tidak terperangkap dengan fahaman yang tidak benar, yang bersalahan dengan realiti dan dalil.

*7)* Untuk menjawab persoalan ini marilah melihat tafsir ulama muktabar, seperti Imam Qurthubi dan Imam Ibnu Kathir dalam memerihalkan masalah ini. Mengikut Al-Qurtubi semasa mentafsirkan ayat ini dalam kitabnya
*(Tafsir Qurthubi ﻭ , 16/142 143- ‏)*

ﻗَﻮْﻟُﻪُ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ": ﻭَﻟَﻘَﺪِ ﺍﺧْﺘَﺮْﻧﺎﻫُﻢْ " ﻳَﻌْﻨِﻲ ﺑَﻨِﻲ ﺇِﺳْﺮَﺍﺋِﻴﻞَ ". ﻋَﻠﻰ ﻋِﻠْﻢٍ " ﺃَﻱْ ﻋَﻠَﻰ ﻋِﻠْﻢٍ ﻣِﻨَّﺎ ﺑِﻬِﻢْ ﻟِﻜَﺜْﺮَﺓِ ﺍﻟْﺄَﻧْﺒِﻴَﺎﺀِ ﻣِﻨْﻬُﻢْ ". ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻌﺎﻟَﻤِﻴﻦَ " ﺃَﻱْ ﻋَﺎﻟَﻤِﻲ ﺯَﻣَﺎﻧِﻬِﻢْ، ﺑﺪﻟﻴﻞ ﻗﻮﻟﻪ ﻟﻬﺬﻩ ﺍﻻﻣﺔ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺧَﻴْﺮَ ﺃُﻣَّﺔٍ ﺃُﺧْﺮِﺟَﺖْ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ " ‏« 1 ‏» ‏[ ﺁﻝ ﻋﻤﺮﺍﻥ : 110 ].:"

Firman Allah _“Sesungguhnya kami memilih mereka”_ bermaksud Bani Israel , _“berasaskan Ilmu”_ Iaitu berasaskan Ilmu daripada kami tentang mereka kerana banyaknya bilangan Nabi di kalangan mereka _“Ala-alamin”_ bermaksud iaitu keseluruhan alam pada zaman itu, kerana ada dalil lain yang menyebutkan _“Kamu adalah Umat Yang Terbaik iaitu Umat Muhammad SAW, dikeluarkan untuk manusia”_

ﻭَﻫَﺬَﺍ ﻗَﻮْﻝُ ﻗَﺘَﺎﺩَﺓَ ﻭَﻏَﻴْﺮِﻩِ . ﻭَﻗِﻴﻞَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ﺑِﻤَﺎ ﺟُﻌِﻞَ ﻓِﻴﻬِﻢْ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺄَﻧْﺒِﻴَﺎﺀِ . ﻭَﻫَﺬَﺍ ﺧَﺎﺻَّﺔً ﻟَﻬُﻢْ ﻭَﻟَﻴْﺲَ ﻟِﻐَﻴْﺮِﻫِﻢْ، ﺣَﻜَﺎﻩُ ﺍﺑْﻦُ ﻋِﻴﺴَﻰ ﻭَﺍﻟﺰَّﻣَﺨْﺸَﺮِﻱُّ ﻭَﻏَﻴْﺮُﻫُﻤَﺎ . ﻭَﻳَﻜُﻮﻥُ ﻗَﻮْﻟُﻪُ ": ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺧَﻴْﺮَ ﺃُﻣَّﺔٍ " ﺃَﻱْ ﺑَﻌْﺪَ ﺑَﻨِﻲ ﺇِﺳْﺮَﺍﺋِﻴﻞَ . ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻋْﻠَﻢُ . ﻭَﻗِﻴﻞَ : ﻳَﺮْﺟِﻊُ ﻫَﺬَﺍ ﺍﻟِﺎﺧْﺘِﻴَﺎﺭُ ﺇِﻟَﻰ ﺗَﺨْﻠِﻴﺼِﻬِﻢْ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻐَﺮَﻕِ ﻭﺇﻳﺮﺍﺛﻬﻢ ﺍﻷﺭﺽ ﺑﻌﺪ ﻓﺮﻋﻮﻥ .

Perkataan inilah yang dikatakan oleh Qadatah dan yang lainnya. Ada juga yang mengatakan bahawa “Ke atas sekelian Alam (44:32)” dengan menjadikan bilangan Nabi-nabi di kalangan mereka, dah hal ini adalah khusus untuk mereka bukan kepada yang selainnya, ianya dikaitkan dengan pendapat Imam Zamakhsyari dan Isa. Kedudukan “Kamu sebaik-baik umat (3:110) adalah selepas masa Bani Israel. Wallahu’alam. Ada juga berpendapat bahawa pemilihan mereka secara khusus ini kerana tidak ditenggelamkan dan mereka mewarisi bumi sesudah Firaun. (Tamat tafsir Al-Qurtubi).

*8)* Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir yang sama menjelaskan ayat ini senada dengan Imam Al-Qurtubi, bahkan menerangkan bahawa Umat Islam adalah terbaik serta beliau berkomentar tentang ayat Al-Quran yang lain yang mengatakan bahawa Asiah binti Muzahim, adalah terbaik zamannya tetapi Syadatina Khadijara radiaLlahuAnha adalah terbaik. (Tafsir Ibnu Kathir, VII/256 )

*9)* Kesimpulan yang ingin pihak UFI sampaikan bahawa Naratif menggunakan ayat Quran yang menyatakan bahawa Bani Israel adalah cerdas kerana pilihan adalah meleset sekali, kerana beberapa sebab, mengikut ulama tafsir ;

*a.* Bangsa Israel bangsa pilihan kerana bilangan Nabi yang ramai di kalangan mereka
*b.* Mereka ini dipilih untuk mewarisi bumi setelah tenggelamnya Firaun.
*c.* Peristiwa kelebihan Bangsa ini di atas sekalian Alam pada masa itu
d. Setelah terutusnya Nabi Muhamad SAW umat Islamlah, umat yang terpilih.

*10)* Merupakan kesalahan dalam memahami ayat Al-Quran jika mengatakan Yahudi, telah ditakdirkan CERDAS. Sesuai dengan Surah Ali-Imran (3:110), umat Islam semestinya Umat terbaik, kerana diutus kepada mereka merupakan seorang Rasul Pilihan yang terbaik. Agama Islam adalah yang terbaik yang mengatur urusan hidup kita dala ruang lingkup akidah, ibadah, pakaian, makanan, minuman, berakhlak, muamalat dan hukuman. Allah juga memilih sistem Khilafah sebagai sistem terbaik untuk umat Ini. Jadi untuk kembali merealisasikan atau mengembalikan Status Umat terbaik ini kita perlulah mengikut sistem Islam dalam semua Aspek. Iaitu Syariah dan Khilafah.

*Oleh: Korie S FYA*
*Administrator Unite For Islam*
 
yahudi bijak bukan sebab pemakanan..tapi sebab sifat yang ada pada diri depa...dalam hadis nabi sendiri ada diceritakan kehebatan yahudi dalam berhutang,bersumpah ....sebab tu nabi banyak dikalangan yahudi sebab yahudi ini orang yang pegang pada janji,sumpah dan amanah...
hangpa ingat senang ka nak pegang pada janji dan amanah...sebagai contoh cuba tengok daus..5 kali interview gomen baru dapat..bila Allah bagi amanah,dia bantai main cg..

tu belum masuk bab hutang..bab tepati masa..semua melayu fail...pastu dok bangga melayu bangsa syurga...
harkkkhhhh tuuuuiiihhhhh...
 
Last edited:
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register