combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,357
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,357
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Melaka Jayakan 2,092 Program Sejak 2025 Hingga September Lepas
Melaka menjayakan sebanyak 2,092 program utama anjuran kerajaan negeri dan Persekutuan sejak 2025 hingga September lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata ia turut merekodkan kehadiran kira-kira enam juta orang secara kumulatif menerusi sambutan berskala kebangsaan, program pelancongan, acara sukan dan kebudayaan serta program turun padang yang menyelami denyut nadi rakyat.
Ab Rauf berkata Melaka juga menjadi tumpuan dunia selepas terpilih sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia dan Persidangan Pelancongan Dunia, yang menghimpunkan 155 delegasi, sekali gus merekodkan kehadiran 40,000 pengunjung sepanjang penganjurannya.
“Lebih bertuah lagi, bumi Melaka juga berbangga menerima keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kunjungan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, barisan Menteri Kabinet, kepimpinan tertinggi negara serta duta, diplomat dan delegasi antarabangsa dari beberapa negara.
“Semua ini membawa satu mesej yang cukup jelas, Melaka hari ini bukan sahaja menjadi destinasi yang mahu dikunjungi tetapi semakin menjadi titik pertemuan negara dan dunia.
“Apabila acara besar memilih Melaka, kepimpinan tertinggi negara hadir ke Melaka dan delegasi dunia berhimpun di Melaka. Ini bukan kebetulan, sebaliknya inilah reputasi yang kita bina bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Petugas-Petugas Perkhidmatan Awam Tahun 2025/2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini malam ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh.
Ab Rauf berkata kepercayaan diterima daripada pelbagai pihak bagi menganjurkan program-program tidak lahir daripada publisiti semata-mata.