BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Tolak Semakan, Isa Samad Kekal Dipenjara , Denda RM14.45 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Tolak Semakan, Isa Samad Kekal Dipenjara , Denda RM14.45 Juta​

31077a78b733ba1876f984262cb9ba4669e8830eaf446

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Gambar Fail)

Datuk Mohd Isa Abdul Samad kekal dipenjarakan enam tahun dan didenda RM15.45 juta selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Pengerusi FELDA itu untuk mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel terdahulu yang mengembalikan sabitan dan hukuman berkenaan.

Sabitan dan hukuman itu membabitkan sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, 12 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Ravinthran N Paramaguru memutuskan tiada kekhilafan berlaku dalam prosiding terdahulu.

Azizah berkata Mohd Isa menerusi peguamnya telah diberikan peluang sepenuhnya oleh panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini untuk mengemukakan hujahan berhubung merit pembelaan serta rayuan pengurangan hukuman.

“Bagaimanapun, pemohon memilih untuk tidak menjawab hujahan itu. Justeru, panel Mahkamah Persekutuan terdahulu telah melaksanakan bidang kuasa rayuannya secara adil selaras Seksyen 86 dan 92 Akta Mahkamah Kehakiman 1964,” katanya.

Beliau berkata panel terdahulu mempunyai kuasa untuk menilai semula keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan serta mengembalikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.

Menurut Azizah, hak untuk merayu dan hak untuk didengar telah diberikan sepenuhnya, namun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memilih untuk tidak menggunakan peluang berkenaan.

“Dalam kes ini, peguam pemohon lebih menumpukan kepada mempertahankan keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak menyentuh merit pembelaan di Mahkamah Persekutuan.

“Setelah memilih pendekatan itu, pemohon tidak boleh mendakwa haknya untuk didengar dinafikan,” katanya.

 
Dalam kes Felda Investment Corporation (FIC), mahkamah mendapati adalah tidak munasabah dan menyalahi logik bagi seorang pegawai khas (Zahid) menerima sejumlah wang suapan yang besar tanpa pengetahuan dan restu daripada ketua atau pembuat keputusan (Mohd Isa).


bahaya jugak kalau org bawah makan rasuah..habis semua terkait
 
Back
Top
Log in Register