BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Persekutuan Tangguh Semakan Lkes Isa Samad

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Mahkamah Persekutuan Tangguh Semakan Lkes Isa Samad​

cd5bc5cb0b4ad09bb89ab9eb1eab7b556a0418a550b62

a8201631f7c3eda4aa127305768c64a86a041898737b1

Peguam M Athimulan yang mewakili bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bercakap kepada pemberita selepas permohonan semakan bekas Pengerusi FELDA itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta terhadapnya ditangguhkan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan pendengaran permohonan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk menyemak keputusan panel terdahulu yang memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta.

Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hashim Hamzah yang mengetuai panel tiga hakim menangguhkan prosiding itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan Rakaman dan Transkrip Mahkamah (CRT) ketika rayuan dan keputusan di Mahkamah Persekutuan pada 5 dan 10 Feb lepas.

“Berikutan pertikaian mengenai apa yang berlaku semasa prosiding mahkamah terbuka dan memandangkan kedua-dua pihak telah memohon CRT yang sebelum ini ditolak, mahkamah berpendapat demi kepentingan keadilan, permohonan itu wajar dibenarkan walaupun sebelum ini kami tidak membenarkannya,” katanya.

Hakim Hashim turut menetapkan pengurusan kes berlangsung esok.

Turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Terdahulu, peguam bela M.M. Athimulan berkata CRT diperlukan bagi memastikan sama ada panel terdahulu Mahkamah Persekutuan telah memberi peluang kepada pihak pembelaan mengemukakan hujahan mengenai merit pembelaan dan mitigasi selepas Mohd Isa didapati bersalah.

Athimulan bagaimanapun berkata mahkamah sebelum ini menolak permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan CRT dan beliau bercadang memfailkan afidavit bagi menyangkal dakwaan pihak pendakwaan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berhujah bahawa perkara itu telah dijelaskan dalam hujahan bertulis dan tiada keperluan untuk memfailkan afidavit.

Bagaimanapun, Hakim Hashim berkata sekiranya mahkamah membenarkan CRT dibekalkan kepada kedua-dua pihak, maka isu pemfailan afidavit tidak lagi timbul yang dipersetujui Athimulan.

 
Back
Top
Log in Register