BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan Semakan Kes Isa Samad Didengar 13 Mei

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
31077a78b733ba1876f984262cb9ba4669e8830eaf446

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Gambar Fail)

Permohonan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta terhadapnya atas pertuduhan rasuah akan didengar pada 13 Mei ini.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz dan peguam Mohd Isa, Datuk Abu Bakar Isa Ramat mengesahkan tarikh pendengaran semakan berkenaan yang akan didengar Mahkamah Persekutuan ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh selepas memfailkan permohonan itu pada 4 Mac lepas di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun terhadapnya atas pertuduhan rasuah, selain mengenakan denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Datuk Nordin Hassan membenarkan rayuan pihak pendakwaan, sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2024 yang membebaskan Mohd Isa daripada sembilan pertuduhan rasuah.

Panel itu turut mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara jika gagal membayar denda.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta melalui bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Md Arip daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Bayaran itu didakwa sebagai dorongan bagi meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC, di sini, antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

 
Back
Top
Log in Register