combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mahkamah Persekutuan menetapkan 31 Julai ini untuk mendengar permohonan bekas ahli patologi tentera Kolonel R. Kunaseegaran bagi mendapatkan kebenaran untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadapnya atas kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kevin Morais.
Peguam Jasmine Cheong, yang mewakili Kunaseegaran, memaklumkan Bernama bahawa tarikh pendengaran itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Rohaiza Hamzah.
Pada 1 Julai tahun lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap Kunaseegaran bagi kesalahan membunuh Morais.
Mahkamah berkenaan turut mengekalkan sabitan penganggur S.Nimalan, 33, dan pemberi pinjam wang S.Ravi Chandran, 55, namun menggantikan hukuman mati mereka kepada penjara seumur hidup.
Nimalan dihukum penjara 35 tahun dengan 12 sebatan manakala Ravi Chandran dihukum penjara 40 tahun.
Hukuman sebatan tidak dikenakan ke atas Ravi Chandran memandangkan dia berusia lebih 50 tahun.
Panel Mahkamah Rayuan sebelum ini, yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat (kini bersara), memutuskan bahawa hukuman mati Kunaseegaran kekal kerana dia telah menarik balik rayuan berhubung perkara itu.
Mahkamah itu turut membebaskan tiga lagi individu, iaitu R. Dinishwaran, 34; A.K. Thinesh Kumar, 33, dan M. Vishwanath, 36, daripada pertuduhan membunuh.
Morais, 55, telah dilaporkan hilang pada 4 Sept 2015, dan mayatnya kemudian ditemukan dalam tong dram berisi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept tahun yang sama.
Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman Kes Bunuh Kevin Morais Didengar Pada 31 Julai
mahkamah persekutuan, kunaseegaran, kes bunuh, kev