BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan GISBH, Nasiruddin Untuk Kebenaran Mulakan Semakan Kehakiman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan GISBH, Nasiruddin Untuk Kebenaran Mulakan Semakan Kehakiman​

d12f7d500f514c848198b9d93d68def06aa3d1a9a8739

Nasiruddin Mohd Ali

Mahkamah Tinggi Alor Setar telah menolak permohonan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan Ketua Pegawai Eksekutif Nasiruddin Mohd Ali untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar fatwa negeri yang dikenakan ke atas mereka tahun lepas.

Hakim Evawani Farisyta Mohammad telah menolak permohonan GISBH dan Nasiruddin dan membenarkan bantahan Peguam Negara terhadap permohonan GISBH dan Nasiruddin, untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman.

Beliau berkata kandungan fatwa, berlandaskan kepada hukum syarak dan oleh itu ia tertakluk di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk menentukannya dan Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atas fatwa tersebut.

“Penelitian mahkamah ini ke atas relif-relif yang dituntut oleh pemohon-pemohon (GISBH dan Nasiruddin), sebenarnya memohon semakan ke atas kandungan ataupun inti pati fatwa tersebut dan membatalkannya,” kata hakim Evawani dalam alasan penghakiman yang bertarikh 7 Sept.

Beliau berkata fatwa tersebut merujuk kepada individu yang terlibat dengan GISBH dan bukannya GISBH sebagai syarikat itu sendiri.

Hakim Evawani berkata fatwa tersebut, tertakluk kepada kuasa prerogatif Sultan Negeri Kedah dan oleh itu ia merupakan suatu keputusan yang tidak boleh disemak atau diadili melalui semakan kehakiman.

Dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman, GISBH dan Nasiruddin memohon perintah certiorari untuk memansuhkan keputusan yang dibuat responden-responden melalui fatwa tersebut.

Pemohon-pemohon telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Mufti Negeri Kedah sebagai responden.

Nasiruddin dan GISBH menyatakan bahawa, kesan daripada fatwa tersebut mengakibatkan operasi dan reputasi mereka dan juga kesemua yang terlibat dengan mereka terjejas dan telah mengakibatkan mereka dianggap mengamalkan ajaran yang sesat.

 
Back
Top
Log in Register