BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Rosmah Semak Keputusan Gugur Hakim

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Rosmah Semak Keputusan Gugur Hakim​

5f6ba588ddc1446a50843fe61dcff9f667f64cd8866de

Datin Seri Rosmah Mansor (kanan). Gambar Fail

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini gagal dalam permohonannya untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya bagi menyingkirkan Datuk Mohamed Zaini Mazlan, yang mendengar dan mensabitkan beliau dengan kesalahan rasuah melibatkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion pada 2022.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi, yang mempengerusikan panel tiga hakim, menyampaikan keputusan sebulat suara itu selepas memutuskan permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak memenuhi prasyarat Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk membatalkan asas di bawah Aturan 137 namun ia harus digunakan dengan amat berhati-hati, iaitu hanya dalam keadaan luar biasa apabila terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan yang serius dan tiada pemulihan yang berkesan.

“Mahkamah ini harus mengawal ketat permohonan sebegini dan tidak boleh menggunakan aturan ini sewenang-wenangnya atau sebagai hak untuk merayu.

“Justeru, permohonan untuk semakan ditolak,” katanya yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Ravinthran N. Paramaguru.

Azizah juga berkata Rosmah telah berhujah bahawa penghakiman bagi perbicaraan kes solar yang disediakan oleh unit penyelidikan Mahkamah Tinggi telah diserahkan kepada mahkamah berkenaan tanpa pengetahuan beliau dan peguamnya juga tidak dibenarkan memberikan maklum balas berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata Rosmah berhujah bahawa perkara ini telah menghalangnya daripada mendapat pendengaran yang adil dan adalah satu pelanggaran terhadap prinsip keadilan semula jadi.

“Namun, mahkamah mendapati isu ini berkaitan dengan merit rayuan dan bukan alasan untuk semakan di bawah Aturan 137,” katanya sambil menambah keputusan sebelum ini tidak menimbulkan risiko berat sebelah yang sebenar.

Pada 1 Julai lepas, Mahkamah Rayuan menetapkan 16 hari bermula 1 Sept lepas untuk mendengar rayuan Rosmah untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes solar.

 
Back
Top
Log in Register