BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Kerajaan Kedah Dalam Kes Lesen Judi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Kerajaan Kedah Dalam Kes Lesen Judi​

21bc299bcf59f7985e26df61fd974b41694e8ade7ef60


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membatalkan tindakannya menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan bagi pengendali pertaruhan nombor ramalan di negeri berkenaan.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Rhodzariah Bujang bersama-sama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin, memerintahkan kerajaan negeri membayar kos sebanyak RM50,000.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Hakim Rhodzariah memutuskan bahawa kerajaan negeri gagal memenuhi syarat ambang diperlukan di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi membolehkan kebenaran merayu diberikan.

Kerajaan Negeri Kedah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada ejen pertaruhan nombor ramalan, syarikat serta pegawai kanan mereka dalam mencabar arahan kerajaan negeri berkenaan.

Mahkamah Rayuan, menerusi keputusan majoriti pada 12 Dis 2025, memutuskan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Kedah menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan bagi pengendali pertaruhan nombor ramalan adalah tidak rasional dan tidak berperlembagaan.

Dalam keputusan majoriti itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Faizah Jamaluddin berkata keputusan kerajaan negeri untuk menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan pertaruhan nombor ramalan melangkaui batas kuasa negeri yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Beliau berkata keputusan itu adalah suatu larangan di seluruh negeri yang tidak dibenarkan terhadap perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan.

Bagaimanapun, dalam penghakiman berbeza pendapat, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi memutuskan bahawa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak memperbaharui lesen premis pertaruhan nombor ramalan merupakan perkara dasar yang tidak seharusnya dicampuri oleh mahkamah.

Beliau berkata keputusan itu melibatkan budi bicara kerajaan negeri serta pertimbangan terhadap kebajikan rakyat Kedah yang mengatasi kepentingan peribadi pengendali berkenaan.

 
Penyokong PH boleh sujud syukur ke?
 
Back
Top
Log in Register