combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Datuk Zuraida Kamaruddin (Gambar fail)
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyemak semula perintah membenarkan parti itu merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran daripada RM10 juta kepada RM100,000 dalam kes pelanggaran bon parti.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Rhodzariah Bujang, secara sebulat suara memutuskan bahawa mahkamah tertinggi hanya akan membenarkan semakan sekiranya terdapat keadaan khas dan luar biasa serta bagi mengelakkan ketidakadilan.
Rhodzariah berkata keputusan panel terdahulu untuk meminda draf soalan hanyalah bagi membantu Mahkamah Persekutuan menentukan isu berbangkit sebelum mendengar merit rayuan itu.
“Kami berpandangan pindaan itu bertujuan mendapatkan penyelesaian terhadap rayuan sebenar bagi kes akan datang berdasarkan matriks fakta kes ini.
“Dengan memperhalusi soalan asal, ia tidak mengubah secara material isu yang dikemukakan di hadapan panel mahkamah tertinggi dan tidak terjumlah kepada pelaksanaan bidang kuasa berlebihan dalam perkara ini.
"Oleh itu, kami menolak permohonan semakan dengan kos sebanyak RM50,000,” kata beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Kes itu ditetapkan untuk pengurusan esok bagi menentukan tarikh pendengaran rayuan PKR.
Pada 24 Jun tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada PKR untuk merayu dalam kes itu.
Pada 11 Dis 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk See Mee Chun mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Zuraida telah melanggar bon itu namun mengurangkan jumlah bayaran daripada RM10 juta kepada RM100,000.
Kes Bon PKR: Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zuraida Untuk Semakan Semula
mahkamah persekutuan, pelanggaran, bon parti, zur