BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Langgar Bon PKR: Bayaran RM10 Juta Terhadap Zuraida Munasabah - Peguam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Langgar Bon PKR: Bayaran RM10 Juta Terhadap Zuraida Munasabah - Peguam​

df2a8a67fb906f1bc87318710ad047a06aa13da558b36


Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan bekas Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana melanggar bon dengan parti itu adalah munasabah.

Peguam Ranjit Singh, yang mewakili PKR, berkata terdapat pengakuan dari segi fakta bahawa sejumlah RM10 juta atau lebih RM10 juta telah dibelanjakan untuk Zuraida.

"Zuraida mengakui bahawa nilai yang diberikan kepadanya melebihi RM10 juta manakala klausa yang berkuat kuasa menetapkan jumlah RM10 juta perlu dibayar sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah ditetapkan," katanya semasa pendengaran rayuan PKR terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon yang dikenakan ke atas Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000.

Beliau berkata rayuan itu pada dasarnya adalah berkaitan dengan kesan undang-undang terhadap pengakuan nilai secara kontrak apabila Seksyen 75 Akta Kontrak diguna pakai.

"Bahagian mukadimah kontrak itu merekodkan pengakuan Zuraida bahawa nilai yang diberikan kepadanya melebihi RM10 juta. Seksyen 75 kekal sebagai kawalan berkanun terhadap syarat-syarat yang bersifat menghukum, menindas atau tidak wajar namun ia perlu diaplikasi sebagaimana termaktub termasuk fakta yang diakui secara kontrak oleh pihak-pihak yang terlibat," katanya.

Peguam itu berkata walaupun bon tersebut bersifat kontraktual, ia dibuat berdasarkan latar belakang landskap politik negara pada masa berkenaan, apabila gabungan politik menjadi kebiasaan dan amalan melompat parti adalah masalah serius kerana dikhuatiri ia boleh menyebabkan kerajaan tumbang.

"Bon itu perlu diteliti dengan cara yang menjelaskan sebab jumlah RM10 juta ditetapkan, yang pada pandangan awal mungkin kelihatan keterlaluan namun hakikatnya, lihatlah apa yang telah berlaku. Langkah Sheraton telah menyebabkan Pakatan Harapan tumbang di peringkat Persekutuan," katanya yang dibantu oleh peguam Navpreet Singh.

Sementara itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Zuraida berhujah bahawa tiada kategori berasingan atau khusus bagi "kontrak politik" yang dikecualikan daripada Seksyen 75 Akta Kontrak.

"Sesuatu pihak tidak boleh menggunakan status dan kedudukannya sebagai parti politik untuk memintas perlindungan statutori terhadap klausa penalti. Seksyen 75 akta sama tidak terhenti penggunaannya semata-mata kerana kewajipan kontrak itu timbul dalam konteks parti politik.

 
Back
Top
Log in Register