BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dokumen Tambahan: Mahkamah Tolak Permohonan Najib Pinda Semakan Kehakiman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c7e66783a6ebb54e938a397632ddb1dd680f51353399b


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda semakan kehakiman bagi memasukkan bukti tambahan yang didakwa membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Bekas perdana menteri itu memohon untuk memasukkan bukti tambahan berkaitan afidavit anak Najib iaitu Datuk Mohd Nizar iaitu surat daripada Majlis Kesultanan Pahang bertarikh 4 Jan lepas yang menyokong kewujudan dokumen tambahan berkenaan.

Hakim Alice Loke Yee Ching ketika membacakan keputusan berkenaan berkata permohonan pindaan bukan sekadar bertujuan mengemas kini fakta, sebaliknya mewujudkan tindakan undang-undang baharu.

“Sebaliknya, terdapat dakwaan baharu cuba dimasukkan melalui fakta ini, sedangkan perkara tersebut telah digantikan dengan pemberian kebenaran (bagi semakan kehakiman) untuk membolehkan perkara ini dinyatakan, yang menuntut jawapan daripada responden dan jelas boleh memprejudiskan mereka.

“Bagi hal menyentuh fakta, kedua-dua afidavit Mohd Nizar yang telah dibenarkan untuk dimasukkan sebagai keterangan adalah memadai. Justeru, enclosure 98 (permohonan untuk pindaan) ditolak,” katanya.

Sementara itu, mahkamah turut menolak permohonan perintah larangan bersuara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi menghalang mana-mana pihak daripada membincangkan isu berkaitan permohonan semakan difailkan Najib.

“Saya berpendapat pengeluaran perintah larangan (gag order) tidak akan mengundang risiko nyata terhadap keadilan perbicaraan,” katanya, sambil menambah banyak pihak telah mengulas isu berkaitan semakan kehakiman berkenaan.

Hakim berkata sudah wujud langkah alternatif untuk menangani kebimbangan yang menjadi asas permohonan perintah larangan berkenaan.

"Terdapat undang-undang yang boleh diambil dan diguna pakai berkaitan fitnah dan penghinaan mahkamah. Secara keseluruhannya, saya mendapati tiada keperluan untuk mendapatkan perintah gag order, jadi permohonan ini ditolak,” katanya, yang kemudiannya memerintahkan AGC membayar kos RM20,000 kepada Najib.

 
Back
Top
Log in Register