BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki Geram Pemandu Van Sekolah Cabul Anak Perempuan

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,545
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,545
Reaction score
4,820
Points
266





Seremban: Seorang pemandu bas sekolah ditahan polis, hari ini, selepas disyaki terbabit dalam kejadian mencabul murid perempuan berusia 11 tahun ketika ke sekolah menaiki van sekolah, Isnin lalu.

Cerita mengenai kejadian berkenaan tular di laman sosial apabila bapa kanak-kanak itu memuat naik hantaran dua sedutan rakaman dia berjumpa pemandu berkenaan dan berlaku pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2, di sini, jam 2 petang hari ini.

"Berdasarkan laporan daripada seorang wanita berusia 40 tahun berkaitan kes cabul ke atas seorang murid perempuan tahun lima, polis menahan seorang pemandu bas lelaki, hari ini.

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku dalam kes yang disiasat itu. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, seorang lelaki memuatnaik hantaran di laman Facebooknya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan seorang pemandu bas sekolah yang dinaiki anaknya yang bertindak melampau.

Berdasarkan hantaran itu, pemandu berkenaan pada mulanya mencubit pipi mangsa dan semakin berani dengan menepuk paha kanak-kanak itu.

Dalam dua video yang dimuatnaik juga kelihatan dua lelaki bertengkar sebelum lelaki yang berambut panjang menampar lelaki yang bertopi.





van_seksual_1-scaled.jpg

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tuan Amir Danau meluahkan rasa kesal terhadap seorang pemandu van sekolah yang didakwa mencabul anak perempuannya. Kisahnya bermula apabila anak perempuannya mengadu kepada si ibu dan meminta supaya abangnya menghantar dia ke sekolah.


Tindakan luar kawalan​

van_seksual_2-scaled.jpg

Foto: Tuan Amir Danau
Musykil dengan apa yang terjadi, si ibu berjumpa dengan anak perempuannya dan bertanyakan apa yang telah terjadi. Namun, jawapan yang diberikan oleh si anak mengejutkan kedua ibu bapanya.
Ibu, esok boleh tak suruh abang anish hantar neno pergi sekolah? Driver ni suspicious lah. Anak aku takut nak bagitau dekat aku katanya.
Si anak menangis sambil bercerita dan menjelaskan dia merupakan individu yang pertama diambil oleh pemandu van tersebut pada pukul 6.20 pagi. Pemandu van tersebut juga sempat memberikan pesanan kepada mangsa supaya tidak risau dan sempat meminta nombor WhatsAppnya.
Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan. First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi.
Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.
Dia bagi keychain ada nombor whatsapp dia. Dia kata nanti add lah. Siap bagi air kotak. Dia janji esoknya nak bagi coklat cadbury pulak.

Dah ada kes sebelum ini​

Screenshot-2022-03-30-at-11.10.03-AM.png

Sekadar gambar hiasan
Berang dengan aduan tersebut, lelaki ini bertindak berjumpa dengan pemandu van tersebut bagi mendapatkan penjelasan atas apa yang menimpa anaknya.
Malam tu jugak aku call sorang lagi driver ni yang kenalkan driver sorang ni ke kitorang. Aku tanya pasal perangai driver ni, dia cakap dulu pun memang ada kes juga. Dengan ibu pada budak sekolah ni. Dia whatsapp melebih-lebih. Dengan bini aku pun dia siap suruh video call bagai.
Susulan daripada itu, lelak ini telah membuat laporan polis dan sempat memberikan peringatan kepada ibu bapa di luar sana supaya anak mereka tidak menjadi mangsa keganasan seksual.

Disyaki cabul murid, pemandu bas ditahan
 
Last edited:

Nor Zabetha

35m ·

Kisah ini minggu lepas.

Saya terbaca status Tuan Amir Danau berkenaan kes anak perempuannya diganggu seksual oleh pemandu van.

Waktu saya baca ini video telah dipadamkan. Hanya status yang tinggal. Jadi saya tidak nampak sesi konfrontasi dan wajah pemandu van tersebut.

Apa yang dikongsikan oleh bapa ini, perlu dijadikan pengajaran. Melalui penulisan tersebut bahawa kejadian berlaku dalam masa 2 hari berturut-turut.

Hari pertama, anaknya yang dari tempat duduk belakang diajak ke hadapan dan dicubit-cubit pipinya dan dikatakan anaknya comel. Hari kedua, diusap-usap dan diramas tangan anaknya dan ditepuk-tepuk paha kemudian ditundukkan muka ke paha.

Kemudian diminta nombor whatsapp, diberikan air kotak dan dijanjikan cadbury. Anak ini, mula-mula minta dari ibunya agar dia dihantar ke sekolah oleh pihak lain. Masih dia tidak cerita, sehingga ibunya sendiri mendapatkan penjelasan dari anaknya. Masih anak ini, tidak berani cerita pada bapanya waktu peringkat ini.

Kebiasaannya mangsa-mangsa seksual kadangkala keliru, tidak faham dan mereka segan dan malu untuk bercerita.

Selepas membaca bahawa anaknya memang sentiasa diajar berkenaan kesedaran seksual. Dia ambil tindakan. Dia laporkan kepada polis. Jadi selepas membaca terus saya komen "Ayah yang hebat!". Barangkali terus kagum dengan tindakan tersebut. Terlepas pandang beberapa butiran tentang konfrontasi.

Kenapa saya kagum? Sebab banyak kali saya dirujuk kepada kes-kes seksual. Kadangkala bukti nyata dan jelas. Kes antara orang dewasa yang diberikan kepercayaan seperti pakcik, abang saudara, guru, ustaz yang mengajar kanak-kanak tentang seks. Diajak tengok video lucah bersama, diajar tentang onani itu dan ini untuk kepuasan pemangsa sendiri.

Rata-rata kes yang dirujuk ini, sama ada mereka berdiam diri, lapor polis dan tarik balik. Tiada tindakan lanjut. Sayang sekali. Bukan majoriti yang ambil tindakan. Entahlah. Barangkali kerana emosi, barangkali proses yang panjang.

Kadang-kadang sehingga terpaksa pujuk pelbagai cara untuk terus ambil tindakan. Setiap kali pemangsa seksual terlepas dari tindakan, setiap kali itu mereka akan belajar dari kekhilafan menyembunyikan kejahatan. Selepas itu, mereka lebih licik dengan pelbagai perancangan mencari mangsa baru. Bahaya!

Kalau pernah ingat saya pernah tulis tentang kes dalam jurnal mahkamah iaitu Ahmad Hafizal v PP [2019] MLJU 830, dalam kes ini tertuduh adalah sepupu mangsa. Kejadian berlaku dalam kereta, waktu malam dalam perjalanan ke kenduri dari Seremban ke Perak. Ibu bapa di tempat duduk hadapan.

Mangsa berusia 9 tahun. Mangsa diriba oleh tertuduh dan mangsa telah dicabul. Waktu berhenti di stesen minyak, ibu mangsa ada bertanya kenapa mangsa mengambil masa yang lama di tandas dan kenapa mangsa berjalan terkangkang dan menarik seluar. Mangsa menceritakan apa yang berlaku tetapi ibu mangsa diam dan terkedu.

Kejadian hanya diceritakan kepada bapa mangsa sewaktu mereka tiba di Homestay tetapi keluarga ini masih hadir ke kenduri dengan tertuduh dan masih menghantar tertuduh ke Seremban dari Perak.

Laporan hanya dibuat selepas seminggu. Itupun setelah berbincang keluarga. Sepanjang membaca laporan ini, satu perkara saya rasa ralat adalah kenapa anak ini tidak menjerit?

Kenapa ibu bapa benarkan sepupu lelaki yang dewasa meriba anak perempuan mereka? Kenapa tidak pusing dan periksa? Kepercayaan yang terlalu tinggi inilah selalunya menjadi punca berlaku jenayah seksual.

Begitulah juga kisahnya dalam kes PP v Tamilaran [2020] 1 LNS 1413. Tertuduh lelaki berusia 58 tahun, menyatakan pada ibu mangsa dia ingin ambil mangsa untuk dibawa ke majlis hari jadi anaknya. Ibu mangsa memberi kebenaran.

Apabila tiba di rumah tertuduh sebenarnya tiada majlis hari jadi. Itu hanyalah perangkap untuk merogol mangsa. Kemudian mangsa di rogol kali kedua kerana tipu daya. Mangsa diam dan tidak berani kerana tertuduh telah menangkap gambar kemaluan mangsa. Jika dilaporkan, tertuduh ugut untuk sebarkan gambar mangsa dan mencederakan ibu mangsa.

Hal hanya diketahui selepas mangsa mengandung dan ingin membunuh diri. Butiran dan fakta kes yang terperinci saya kongsi dalam link di ruang komen.

Kadangkala yang menjadi persoalan, kuatnya kepercayaan ibu bapa kepada pihak lain dan diberikan kepercayaan mendekati anak mereka.
Sebab itu, selepas baca penulisan Tuan Amir Danau terus saya tulis "Ayah yang hebat" memikirkan bahawa bukan semua kes berakhir begini.

Kemudian ada 'fake account' yang tulis lebih kurang begini "Bio profile, tulis be kind. Patutnya tulis be rude. Orang tua hang tak ajar ke jangan pukul orang?".

Baru saya terperasan bahawa berlaku konfrontasi dan saya dapatkan fakta, ada berlaku tamparan jika tidak silap. Saya tidak padam komen saya itu, saya biarkan sahaja dan saya balas tulisan orang itu. Selalu saya pesan bahawa perbuatan jenayah jangan dibalas dengan jenayah.

Barangkali ada yang kata, salah dan betul tidak tahu. Benar. Subjek kepada siasatan dan tiada keputusan lagi. Setuju. Tiada alasan untuk kita sama-sama melakukan kesalahan jenayah. Jika ada yang kecam bahawa penilaian saya terlalu awal tanpa keputusan. Maka saya akui silap saya.

Cuma dari kisah ini, penting untuk kita tahu bahawa mempercayai anak dan mendengar butiran apabila dia dimangsakan adalah tanggungjawab ibu bapa. Kita adalah pelindung mereka. Terutama sekali apabila butiran kejadian yang diceritakan terlalu jelas. Sepuluh kali ulang pun, tetap butiran yang sama.

Mempertahankan anak dan mendapatkan kebenaran serta mengambil tindakan apabila mereka dimangsakan adalah tindakan ibu bapa yang hebat

.
Oleh Nor Zabetha
 
Sedihnya baca
😭
Terus kuat Tuan Amir Danau dan anakanda tercinta! Apa-apa update esok.
501110144_122162475830497580_4196944162578811652_n.jpg

501249675_122162475872497580_2904865715284478590_n.jpg


https://www.facebook.com/profile.ph...anPhNjvXwLeGj7nZN9njHbmOwKdx4&__tn__=<<,P-y-R

Tuan Amir Danau

npotsdoerSh0t31m6g21107h0h21l9am7tmui1m95uma217h5c72ill2h7fg ·

Dah 3 tahun kes anak aku yang dic*bul pemandu bas sekolah ini berjalan di mahkamah Seremban. Sepanjang-panjang perbicaraan kes berjalan, akhirnya dimaklumkan oleh dpp yang mana esok jam 9.00 pagi di Mahkamah Seremban pengumuman keputusan kes, sama ada kes terbukti salah atau pihak pembelaan berjaya timbulkan keraguan pada kes.

Banyak pengalaman aku belajar dari mula kes ni berlaku, bila berdepan dengan anak perempuan yang jadi mangsa dalam kes ni tiba-tiba trauma semacam. Masa kejadian tu anak perempuan aku darjah 5 (11 tahun) baru mula sekolah selepas PKP.

Boleh bayangkan kau kena berdepan setiap perubahan anak perempuan ni bila tiba-tiba kita minta dia turun kereta pergi beli barang dekat kedai yang cashiernya orang India, dia menggigil takut. Automatik menggigil. Banyak kali. Ada part sedih yang sampai aku makan hati sikit tu bila aku tengok rambut dia makin pendek.

"Awak potong rambut ke neno?"
Dia geleng kepala je. Aku dah panas dah. Apa kejadah rambut pendek. Potong dekat mana? Kejap tu ibu dia jumpa rambut dia dalam tong sampah. Dia potong rambut dia sendiri.

"Apasal potong rambut? Dedi tak suka lah rambut pendek macam ni. Elok rambut panjang lah, cantik. Nampak perempuan sikit."

Baru cakap macam tu, air mata dia menitik dah. Ahh stress aku. Dah lah ada beberapa orang tegur dah ingatkan dia lelaki. Itu okey lagi, paling sedih sekali bila waktu raya bila nak cari baju raya.

"Ibu, boleh ke tahun ni neno nak pakai baju melayu? Neno tak suka lah pakai baju nampak macam perempuan sangat ni"

Tersiat beb jantung. Dia tak main-main. Dia minta dalam keadaan bersungguh betul. Gila aku tak hangin? Bila tunjuk baju-baju perempuan, dia cebik muka, dia tunjuk dia betul-betul taknak dan start menitik lagi air mata.

Memang berbulu betul hati aku masa tu. Kalau anak jantan yang macam gitu, situ juga aku buat Chokeslam atas meja kaunter tu. Nasib anak perempuan je.

Aku bincang dengan abang-abang dia pasal perubahan dia ni, dan semua sepakat perasan yang dia tiba-tiba nak jadi jantan ni lepas kes yang berlaku. Puas aku dengan bini aku usahakan untuk dia kembali ke dunia perempuan dia. Budak ni dari kecik jenis lembut, pemalu, comel macam gitu alih-alih nak jadi jantan, memang sedih lah aku sebagai bapak ni.

Last takda pilihan, aku tak fikir pasal trauma bagai dah. Aku tunjuk aku punya panas sikit, aku suruh dia buat pilihan. Nak jadi lelaki ke nak jadi perempuan?

Kalau nak jadi lelaki, aku suruh botakkan kepala, raya aku belikan songkok sampin bagai. Tapi kena pakai songkok waktu raya. Kalau nak jadi perempuan, rambut jangan berani-berani dia nak potong sendiri. Kalau dia potong jugak, maknanya dia ada masalah dengan aku.

Lama dingin kejap hubungan tu. Tapi itu semua kenangan lah kan. Belum cerita hal naik turun mahkamah, aku tengok anak aku kena gasak dengan peguam, bini aku kena gasak, jadi marah, jadi sedih. Yelah, nak taknak kena hadap juga semuanya.

Tahu-tahu dah 3 tahun dan esok adalah keputusan kes. Aku dah bincang dengan isteri dan anak, dan aku rasa apa je keputusan pun kami terima je. Kami lepaskan pada pihak yang beramanah untuk jalankan amanah dengan sebaiknya.

Menang ke kalah ke terpulang. Allah Maha Mengetahui. Walaupun awalnya aku memang marah, sebab dah lah salah, buat anak aku, dia masuk report lagi nak susahkan aku. Sampai aku kena duduk bersila dalam lokap mahkamah tu tunggu keputusan aku dan penyudahnya aku kena denda maksima RM2000 untuk akta 323.

Berapa hari lagi nak raya tau waktu tu dengan duit takdanya. Bila hakim putuskan aku di denda RM2,000, menggelupur bini aku call semua orang minta tolong nak cukupkan RM2,000 tu.

Tak habis dekat situ, ada sekerat familynya yang mengandir-ngandirkan aku dan keluarga katanya anak aku buat cerita, kononnya semua yang berlaku ni aku setting untuk aku buat content. Keji betul. Sehina itu ke aku nak korbankan family untuk sebuah content yang tak bagi apa-apa kebaikan?

Daripada diorang dok buat perangai hina nak main naratif kolot macam gitu, sebaiknya jumpa aku dan keluarga minta maaf dan berbincang. Tanya betul ke apa yang dah berlaku semua. Bukan pakai serkap jarang macam gitu.

Yang ada satu pengerusi bas sekolah melayu perangai macam haram jadah pun ada, dia panas dengan aku dan pilih menyokong segala perkara merepek yang berlaku ni. Pun sama, rasa macam aku setting semua ni berlaku.
Mungkin sebab anak dia tak pernah kena kot. Atau pun diorang pun pernah terlibat kes-kes macam ni bezanya dia selamat sebab budak sekolah tak berapa tahu yang semua ni adalah satu kesalahan jenayah.

Aku anggap apa yang berlaku ni adalah signal yang Tuhan nak bagi demi kebaikan kami. Banyak hikmah.
Korang yang anak-anak berdepan kes macam ni, kuat semangat, pertahankan lah sedayanya.

Keletihan, kemurungan, tekanan bagai ni semua antara rezeki yang Tuhan dah tetapkan untuk kita lalu. Berdepan je hadap semuanya. Anggap je semua ni sebab Tuhan nak bagi kita ada cebisan kenangan yang mahal. Selama ni Dia dah bagi macam-macam kebaikan kan, takkan bagi ujian berat sikit kita dah menggelupur.

Perkara nak berlaku kan. Bayangkan dalam banyak-banyak manusia, anak kita dia pilih. Maknanya kita terpilih untuk jalani ujian dalam masa yang sama menguji ketahanan kita sebagai pemimpin keluarga. Bukan suka-suka boleh terpilih berdepan ujian macam ni. Ada signal dari Tuhan tu. Kosnya pun tak murah.

Terima kasih semua yang banyak membantu, terutamanya Puan Nor Zabetha yang sampai ke hari ini berkongsi pandangan guamannya ke isteri aku perihal kes ni, tak pernah jemu bagi pandangan. Terima kasih juga bagi pihak NGO Firdaus Wong yang awalnya banyak menbantu tunjuk ajar berdepan kes ni. Dan tak lupa perjuangan gagah isteri tercinta untuk setiap perbicaraan yang terpaksa dia tempuh.

Dan aku ingat lagi, masa selesai perbicaraan yang ke berapa tah. Aku memang ada jumpa pelaku ni tengah duduk luar mahkamah dengan adik dia ke abang dia tah. Aku pergi dekat dia, aku pegang peha dia, dia terkejut. Dia ingat aku nak sapu dia kot. Aku anak jantan lah, aku rasional.

Aku cuma pesan dekat dia,
"Bro, saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah kepada anak perempuan yang saya sayang dan kasih. Saya lawan untuk itu, bagi side u kalau u rasa u tak salah, u pertahankan lah diri sebaiknya. Gunakan ruang ini untuk pertahankan hak u. Semoga keadilan menang."

P/s : Hari ni anak perempuan aku dah tingkatan dua. Dah jadi perempuan elok dah. Semoga membesar dengan gagah. Bila tunjuk gambar lama dia rambut pendek, muka dia terus senget. Terus cakap yang tu semua tak kelakar.

Baru dia tahu tak kelakar, masa dia buat semua tu dulu dia ingat kelakar ke. Haha. Ahh, Terima kasih Tuhan untuk setiap rencana yang berlaku ini. Dan untuk siapa yang tag ke Ryan Bakery video aku dulu tu kononnya itu Ryan Bakery yang dalam video, aku nak cakap satu je. Tak kelakar siot. Haha
 
Back
Top
Log in Register