dloanman
CG Top Poster Club

- Messages
- 46,551
Top Poster #10
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 46,551
- Reaction score
- 4,820
- Points
- 266
Seremban: Seorang pemandu bas sekolah ditahan polis, hari ini, selepas disyaki terbabit dalam kejadian mencabul murid perempuan berusia 11 tahun ketika ke sekolah menaiki van sekolah, Isnin lalu.
Cerita mengenai kejadian berkenaan tular di laman sosial apabila bapa kanak-kanak itu memuat naik hantaran dua sedutan rakaman dia berjumpa pemandu berkenaan dan berlaku pertengkaran.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2, di sini, jam 2 petang hari ini.
"Berdasarkan laporan daripada seorang wanita berusia 40 tahun berkaitan kes cabul ke atas seorang murid perempuan tahun lima, polis menahan seorang pemandu bas lelaki, hari ini.
"Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku dalam kes yang disiasat itu. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, seorang lelaki memuatnaik hantaran di laman Facebooknya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan seorang pemandu bas sekolah yang dinaiki anaknya yang bertindak melampau.
Berdasarkan hantaran itu, pemandu berkenaan pada mulanya mencubit pipi mangsa dan semakin berani dengan menepuk paha kanak-kanak itu.
Dalam dua video yang dimuatnaik juga kelihatan dua lelaki bertengkar sebelum lelaki yang berambut panjang menampar lelaki yang bertopi.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tuan Amir Danau meluahkan rasa kesal terhadap seorang pemandu van sekolah yang didakwa mencabul anak perempuannya. Kisahnya bermula apabila anak perempuannya mengadu kepada si ibu dan meminta supaya abangnya menghantar dia ke sekolah.
Tindakan luar kawalan
Foto: Tuan Amir Danau
Musykil dengan apa yang terjadi, si ibu berjumpa dengan anak perempuannya dan bertanyakan apa yang telah terjadi. Namun, jawapan yang diberikan oleh si anak mengejutkan kedua ibu bapanya.
Si anak menangis sambil bercerita dan menjelaskan dia merupakan individu yang pertama diambil oleh pemandu van tersebut pada pukul 6.20 pagi. Pemandu van tersebut juga sempat memberikan pesanan kepada mangsa supaya tidak risau dan sempat meminta nombor WhatsAppnya.Ibu, esok boleh tak suruh abang anish hantar neno pergi sekolah? Driver ni suspicious lah. Anak aku takut nak bagitau dekat aku katanya.
Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan. First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi.
Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.
Dia bagi keychain ada nombor whatsapp dia. Dia kata nanti add lah. Siap bagi air kotak. Dia janji esoknya nak bagi coklat cadbury pulak.
Dah ada kes sebelum ini
Sekadar gambar hiasan
Berang dengan aduan tersebut, lelaki ini bertindak berjumpa dengan pemandu van tersebut bagi mendapatkan penjelasan atas apa yang menimpa anaknya.
Susulan daripada itu, lelak ini telah membuat laporan polis dan sempat memberikan peringatan kepada ibu bapa di luar sana supaya anak mereka tidak menjadi mangsa keganasan seksual.Malam tu jugak aku call sorang lagi driver ni yang kenalkan driver sorang ni ke kitorang. Aku tanya pasal perangai driver ni, dia cakap dulu pun memang ada kes juga. Dengan ibu pada budak sekolah ni. Dia whatsapp melebih-lebih. Dengan bini aku pun dia siap suruh video call bagai.
Disyaki cabul murid, pemandu bas ditahan
Last edited: