BTC USD 75,677.2 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Murid Tahun Dua Maut Dilanggar Van Di Hadapan Sekolah

Fadhlina Ziarah Keluarga Pelajar Maut Dilanggar Van Depan Sekolah​

79d1c7f6dafd7a39d4c15a44e5978abb6a01d76e64343

Foto: Kamarul Halim M Kamal | Biro Johor

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Seri Maimon yang maut dilanggar sebuah van di hadapan sekolah berkenaan pada 5 Mei lepas.

Fadhlina tiba di rumah keluarga Nur Aini Umairah di Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong di sini pada kira-kira 5.30 petang dan menyantuni ibu mangsa Asmilah Tukiran, 37, serta bapanya, Ahmad Fareez Khalid, 39.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit dan turut menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan harian kepada keluarga Nur Aini Umairah.

Insiden pada 12.30 tengah hari itu menyaksikan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar van yang bergerak keluar dari dalam kawasan sekolah.

Dalam pada itu, Ahmad Fareez berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri dapat menambah baik prosedur operasi standard keselamatan terutama di sekolah rendah agar tragedi yang menimpa anaknya tidak berulang.

Terdahulu di Johor Bahru, Fadhlina berkata KPM sedang menambah baik Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat agar selari dengan cabaran semasa dan kekal relevan dalam melindungi murid serta warga sekolah.

 
Back
Top
Log in Register