BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Klang problem - Budak sekolah SMK gaduh luar pagar sekolah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


Kumpulan remaja tular gaduh luar pagar sekolah


KLANG – Suasana di luar sebuah sekolah di Pandamaran di sini, kecoh apabila sekumpulan remaja bergaduh yang tular di media sosial hari ini.

Rakaman berdurasi 26 saat itu memaparkan beberapa individu menumbuk dan menendang antara satu sama lain dengan kehadiran beberapa remaja lain yang turut menyaksikannya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, beliau mengesahkan laporan mengenai kejadian itu.

“Setakat ini saya sahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Ia (kes) masih dalam tindakan pasukan termasuk pengesahan lanjut mengenainya,” katanya ringkas petang ini.

Terdahulu, pihaknya melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM636,950 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, yang melibatkan aktiviti kontraban, perjudian, barang kes am dan perlombongan Bitcoin haram.

Pelupusan itu meliputi 16,869 barang kes kontraban, 899 unit (perjudian), 626 unit (Bitcoin) dan 162 unit (kes am) yang selesai proses mahkamah.

Artikel Kosmo Online
 
IMG_6873.jpeg
 
Yang sorang tu mcm naruto dah
 
Back
Top
Log in Register