BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pelajar Perempuan Cedera Ditikam Di Sebuah Sekolah Di Banting

14266611361621389-409226.jpg

14266611361621389-409227.jpg

14266611361621389-409228.jpg

14266611361621389-409229.jpg

14266611361621389-409231.jpg

14266611361621389-409232.jpg

14266611361621389-409233.jpg

'Anak saya bukan sasaran, dia cuma tak sempat lari' - Bapa pelajar ditikam di sekolah

Banting: Bapa kepada pelajar berusia 15 tahun yang cedera dalam satu kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini, terkejut apabila mengetahui anaknya mengalami kecederaan parah akibat serangan itu.

Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata, anaknya berada dalam keadaan sedar dan boleh bercakap ketika dia menemuinya di Hospital Banting selepas insiden itu.

Dia berkata, doktor memaklumkan bahawa anaknya mengalami beberapa kecederaan, termasuk pada paru-paru kiri.

"Semasa saya sampai, keadaannya agak teruk. Tidak lama kemudian, mereka membawanya untuk menjalani imbasan bagi mengenal pasti tahap kecederaannya.

"Paru-paru kirinya tercedera. Dia sedar dan boleh bercakap," katanya ketika ditemui pemberita di hospital hari ini.

Mohd Firuz mendakwa anaknya mengalami kira-kira 14 kesan tikaman, kebanyakannya di belakang badan, selain kecederaan lain di muka dan kepala.

Dia berkata, anaknya mengenali pelajar berusia 15 tahun yang dipercayai terbabit dalam insiden itu kerana mereka pernah menjadi rakan sekelas pada tahun lalu.

"Mereka kenal antara satu sama lain. Mereka rakan sekelas tahun lepas," katanya.

Mohd Firuz berkata, dia tidak percaya anaknya sasaran utama dalam serangan itu.

"Saya rasa anak saya bukan sasaran. Mungkin dia mahu menyasarkan orang lain, tetapi anak saya kebetulan berada paling dekat dengannya.

"Mungkin juga kerana badan anak saya agak besar, dia tidak sempat melarikan diri," katanya.

Menceritakan detik awal kejadian, Mohd Firuz berkata, dia sedang bekerja menyusun barang apabila menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab pada telefon bimbitnya.

"Apabila saya melihat telefon, saya tertanya-tanya mengapa ada begitu banyak panggilan tidak dijawab. Saya kemudian nampak guru sekolahnya ada menelefon.

"Apabila saya menelefon semula, barulah saya tahu apa yang telah berlaku.

"Pada mulanya, saya fikir anak saya mungkin jatuh sakit atau demam. Saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah ditikam," katanya sambil menambah bahawa doktor memaklumkan mereka sedang berusaha mengeluarkan darah daripada paru-paru anaknya yang tercedera.

Mohd Firuz, yang mempunyai tiga anak dan mangsa adalah anak kedua berkata, remaja itu belajar di sekolah berkenaan sejak tiga tahun lalu dan tidak pernah mengadu diganggu atau mempunyai masalah dengan pelajar lain sebelum ini.

Ditanya mengenai tahap keselamatan di sekolah, Mohd Firuz berkata, penambahbaikan perlu dilakukan susulan insiden berkenaan.

"Selepas melihat apa yang berlaku hari ini, saya rasa keselamatan perlu dipertingkatkan.

"Perlu ada pemeriksaan yang betul di pintu masuk sebelum sesiapa sahaja dibenarkan masuk ke dalam sekolah," katanya.

Dia berkata, dia sedih dengan kejadian itu namun kini mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan anaknya.

"Semestinya saya kesal perkara ini berlaku, tetapi ia sudah pun terjadi. Kita kena reda," katanya.

Austin Camoens
[email protected]
 
[TERKINI] Suspek tikam pelajar sekolah di Banting ditahan​

Seorang pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam di sebuah sekolah sekitar Banting pada awal pagi Isnin.

pelik jugak napo org tu kejar nak tikam budak tu ajo.... org lain dio tak tikam?
ado dendam kesumat ko apo?

jika takdo angin, masakan pokok bergoyang?
if no wind, cooking tree swaying?

pun intended :ROFLMAO:
 
Video susulan
Mangsa kena tikam dikejar.
 
14267119291324653-409346.jpg

14267119291324653-409347.jpg

14267119291324653-409348.jpg

14267119291324653-409349.jpg

14267119291324653-409350.jpg

14267119291324653-409351.jpg

14267119291324653-409352.jpg

14267119291324653-409353.jpg

14267119291324653-409354.jpg

Susulan insiden tikaman membabitkan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting, pelbagai gambar yang didakwa berkaitan dengan suspek mula tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan bagaimana semua gambar tersebut mula tersebar, selain tiada pengesahan rasmi daripada pihak polis bahawa dokumen berkenaan benar-benar milik suspek atau merupakan sebahagian daripada bahan siasatan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
 
1783390663443.png

Banting: Bapa kepada pelajar berusia 15 tahun yang cedera dalam satu kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini, terkejut apabila mengetahui anaknya mengalami kecederaan parah akibat serangan itu.

Mohd Firuz Ibrahim, 43, berkata, anaknya berada dalam keadaan sedar dan boleh bercakap ketika dia menemuinya di Hospital Banting selepas insiden itu.

Dia berkata, doktor memaklumkan bahawa anaknya mengalami beberapa kecederaan, termasuk pada paru-paru kiri.

"Semasa saya sampai, keadaannya agak teruk. Tidak lama kemudian, mereka membawanya untuk menjalani imbasan bagi mengenal pasti tahap kecederaannya.

"Paru-paru kirinya tercedera. Dia sedar dan boleh bercakap," katanya ketika ditemui pemberita di hospital hari ini.

Mohd Firuz mendakwa anaknya mengalami kira-kira 14 kesan tikaman, kebanyakannya di belakang badan, selain kecederaan lain di muka dan kepala.

Dia berkata, anaknya mengenali pelajar berusia 15 tahun yang dipercayai terbabit dalam insiden itu kerana mereka pernah menjadi rakan sekelas pada tahun lalu.

"Mereka kenal antara satu sama lain. Mereka rakan sekelas tahun lepas," katanya.

Mohd Firuz berkata, dia tidak percaya anaknya sasaran utama dalam serangan itu.

"Saya rasa anak saya bukan sasaran. Mungkin dia mahu menyasarkan orang lain, tetapi anak saya kebetulan berada paling dekat dengannya.

"Mungkin juga kerana badan anak saya agak besar, dia tidak sempat melarikan diri," katanya.

Menceritakan detik awal kejadian, Mohd Firuz berkata, dia sedang bekerja menyusun barang apabila menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab pada telefon bimbitnya.

"Apabila saya melihat telefon, saya tertanya-tanya mengapa ada begitu banyak panggilan tidak dijawab. Saya kemudian nampak guru sekolahnya ada menelefon.

"Apabila saya menelefon semula, barulah saya tahu apa yang telah berlaku.

"Pada mulanya, saya fikir anak saya mungkin jatuh sakit atau demam. Saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah ditikam," katanya sambil menambah bahawa doktor memaklumkan mereka sedang berusaha mengeluarkan darah daripada paru-paru anaknya yang tercedera.

Mohd Firuz, yang mempunyai tiga anak dan mangsa adalah anak kedua berkata, remaja itu belajar di sekolah berkenaan sejak tiga tahun lalu dan tidak pernah mengadu diganggu atau mempunyai masalah dengan pelajar lain sebelum ini.

Ditanya mengenai tahap keselamatan di sekolah, Mohd Firuz berkata, penambahbaikan perlu dilakukan susulan insiden berkenaan.

"Selepas melihat apa yang berlaku hari ini, saya rasa keselamatan perlu dipertingkatkan.

"Perlu ada pemeriksaan yang betul di pintu masuk sebelum sesiapa sahaja dibenarkan masuk ke dalam sekolah," katanya.

Dia berkata, dia sedih dengan kejadian itu namun kini mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan anaknya.

"Semestinya saya kesal perkara ini berlaku, tetapi ia sudah pun terjadi. Kita kena reda," katanya.

Suspek Kes Tikam Sekolah Banting Direman Empat Hari​

c465fba135e35f5df89ddf018bbf25516a4c61c050215

Suspek kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Banting direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 10 Mei itu dikeluarkan terhadap suspek berusia 15 tahun itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok, di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi menerusi pesanan whatsapp.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S. Vijeswari Devi mewakili suspek pada hari ini turut mengesahkan anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme.

Terdahulu, suspek berusia 15 tahun tiba di Mahkamah Telok Datok dengan menaiki trak polis pada kira-kira 8.08 pagi tadi sebelum dilihat keluar pada sekitar 9 pagi tadi.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting telah ditahan pihak polis.

JPN Selangor turut memaklumkan pelajar perempuan yang cedera sedang diberikan rawatan di Hospital Banting.

Bapanya ketika ditemui memaklumkan anaknya berusia 15 tahun cedera di bahagian paru-paru selain turut mengalami 16 luka tikaman.

Senyap je kes ni
Kalau berlaku kat Kelantan mesti Reyer dah sawan kecoh
 
Back
Top
Log in Register