BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pelajar perempuan 15 tahun dakwa nyaris diculik

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141

Pelajar Perempuan Berjaya Selamatkan Diri Daripada Diculik​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Seorang pelajar perempuan tingkatan dua berjaya menyelamatkan diri daripada cubaan culik di Pekan Simpang Kuala di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata dalam kejadian pada 8.26 malam itu, mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di sini dihampiri suspek lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal.

“Semasa mangsa berjalan melalui lorong di pekan itu, suspek memberhentikan motosikal di hadapan mangsa dan terus memeluk sambil menutup muka mangsa dengan menggunakan tangan.

“Mangsa berjaya melarikan diri selepas menggigit tangan suspek dan terus berlari ke pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Basri berkata mangsa membuat laporan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

“Kita juga meminta bantuan pihak Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk mendapatkan sampel di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan suspek, diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

 



Pelajar perempuan 15 tahun dakwa nyaris diculik


Dalam kejadian sekitar pukul 8.26 malam itu, mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas menggigit tangan suspek sebelum melarikan diri ke sebuah pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 3.45 petang, hari ini daripada mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

“Siasatan awal mendapati mangsa sedang berjalan melalui lorong di Pekan Simpang Kuala sebelum didatangi secara tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal.

“Suspek kemudian berhenti di hadapan mangsa lalu memeluk serta menutup mulut mangsa menggunakan tangan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut beliau, pegawai penyiasat telah mengambil rakaman percakapan mangsa selain menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bersama pasukan forensik dan detektif.

“Pihak polis turut mendapatkan bantuan Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah bagi mendapatkan sampel di tempat kejadian.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. –UTUSAN

Artikel➡️ Utusan
 
Back
Top
Log in Register