BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemandu van sekolah ambil, turunkan pelajar tanpa berhenti

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,512
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,512
Reaction score
1,681
Points
201


Pemandu van sekolah ambil, turunkan pelajar tanpa berhenti


KAJANG – Polis menahan seorang pemandu van selepas tular rakaman video memaparkan kenderaannya menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah dalam keadaan bergerak sehingga membahayakan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video berdurasi singkat itu dikesan tular di akaun Facebook Malaysia Baru New semalam sekitar pukul 5.43 petang.

“Hasil semakan mendapati van berkenaan dalam keadaan bergerak ketika menurunkan serta mengambil dua pelajar sekolah.
Tindakan itu bukan sahaja mengundang risiko terhadap keselamatan pelajar, malah boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Susulan itu, polis berjaya mengesan serta menahan pemandu van tersebut iaitu seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register