BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

''Kenapa tak solat?''

Jaga solat, akhlak elak terjebak najis dadah
syeehh.jpg
SYEIKH KYAIRDER SYAMZARER
KOTA BHARU: Menjaga solat dan akhlak serta memilih rakan ke arah kebaikan demi masa depan adalah antara faktor utama mengelak golongan remaja terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Penceramah motivasi, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris berkata, penglibatan golongan muda dengan rakan yang terpengaruh dadah boleh merosakkan akhlak seseorang itu.

“Sebagai remaja atau anak muda, mereka sepatutnya patuh pada ajaran agama dengan menjaga solat, tingkah laku, menghormati kedua ibu bapa dan sesama insan.

“Contohnya, jika berkawan dengan kaki lepak, jenayah dan dadah, lambat laun serta sedikit sebanyak sudah tentu akan terpengaruh sekali gus terjebak dengan gejala itu yang merosakkan masa depan,” katanyai selepas menjadi panel program Forum Perdana: ‘Pembangunan Islam Dalam Menangani Dadah Dan Pelencongan Sosial’ di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa, di sini kelmarin.

Syeikh Kyairder Syamzarer yang juga Tokoh Anak Muda 2013 (Usahawan) berkata, adalah lebih baik golongan anak muda berkawan dengan mereka yang mempunyai masa depan demi bangsa dan negara.

Menurutnya, pada masa ini kes melibatkan penyalahgunaan dadah membimbangkan yang turut melibatkan golongan remaja belasan tahun.

“Kewujudan media sosial memberi ancaman di alam siber yang hanya petik di hujung jari sahaja untuk membeli dadah dengan pelbagai cara,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 
Daripada Amru bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (Berkata an-Nawawi, hadith hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hassan. No. Hadith : 495).
 
"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk" (al-Baqarah:43)

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (al-Ankabut:45)
 
Bawalah sifat sembahyang ke luar solat
Sembahyang bukan setakat kumat kamit & berdiri duduk bersujud saja..itu ritual semata

———-
Solat bentuk pekerja berintegriti
26agama1.transformed.jpg
Solat membina keperibadian tinggi pekerja. - Gambar hiasan
Solat dan bekerja perlu seiring. Bekerja dengan penuh kesungguhan dan pada masa sama melakukan ibadah solat, mewujudkan keberkatan dalam hidup. Kepentingan solat bukan sahaja melatih sifat disiplin, malah membina nilai integriti dalam diri. Ikuti kupasan mengenai solat dan tanggungjawab pekerja bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam segmen Islam Itu Indah di IKIMfm. Solat dan kerja mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain. Asas kedua-dua adalah ibadah yang saling berkait untuk menjadi penghuni syurga Allah SWT. Kerja ibarat seperti entiti bangunan, manakala solat pula seperti tapak dan tiang yang menguatkan sesebuah bangunan.

Dalam rancangan Islam Itu Indah yang disiarkan di IKIMfm pada Rabu, jam 10.15 pagi, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi berkata, solat dapat melatih diri menyemai budaya hidup yang lebih teratur dan tersusun.

Dengan kata lain, solat dengan aturan waktu yang ditetapkan dapat melatih seseorang mengenai disiplin diri dan waktu.

Justeru, perkara ini amat penting bagi seseorang pekerja menjadi pekerja yang komited dalam melaksanakan tugas mereka.

Disiplin amat penting dalam sesebuah organisasi kerana pekerja yang berdisiplin mampu meningkatkan produktiviti dan menjayakan matlamat sesebuah organisasi menuju kejayaan.

Tingkat integriti, disiplin pekerja

Selain dapat membina disiplin diri, solat sebenarnya dapat meningkatkan integriti seseorang pekerja. Ia dapat dilihat melalui perbuatan solat itu sendiri, umpamanya bagi seseorang yang telah batal solatnya, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu akan perkara itu. Jika ada nilai integriti dalam diri seseorang, pastinya mereka akan memulakan solatnya kembali, tetapi bagi yang tidak ada integriti dalam diri, mereka tidak akan mengambil endah mengenai hal itu.

Solat yang benar-benar dihayati akan dapat membentuk jati diri yang unggul dalam kalangan diri manusia. Ini amat penting bagi seseorang pekerja kerana nilai integriti yang akan membina sifat-sifat mahmudah dalam diri manusia.

Pekerja yang mempunyai nilai integriti tinggi akan dapat menghayati makna ibadah dalam pekerjaan, mengelak daripada melakukan perbuatan yang menjurus kepada dosa seperti rasuah, menipu dalam melaksanakan tugas, mencuri tulang, mengumpat dan perkara-perkara yang tidak baik.

Hakikatnya nilai integriti yang dibina melalui amalan solat ini akan dapat dilihat melalui perbuatan dan akhlak seseorang pekerja.

Amalan solat itu sendiri dapat diterjemahkan oleh pekerja dalam setiap perbuatan dan pekerjaannya.

Sebagai contoh, seseorang itu dibenarkan untuk menegur sikap majikan jika didapati melakukan kesilapan.

Ini juga berlaku di dalam ibadah solat. Jika seseorang imam terlupa atau terdapat khilaf seperti dalam bacaan ayat-ayat suci al-Quran ketika mengimami solat, seseorang makmun boleh memperbaiki bacaan solat berkenaan.

Begitu juga jika majikan didapati melakukan kesilapan, seseorang pekerja boleh menegur kesalahan itu dengan cara berhemah dan tertib supaya tidak berlaku sebarang salah faham atau perkara-perkara yang boleh menjejas reputasi organisasi berkenaan.

Bagaimanapun, majikan juga perlu lebih bersikap terbuka dalam menerima teguran kerana sebagai seorang manusia pasti tidak terlepas dalam membuat kesilapan.

Kedua-dua pihak pekerja dan majikan yang memahami erti solat pasti dapat memahami bahawa antara pekerja dan majikan memerlukan antara satu sama lain.

Sesungguhnya keredaan Allah SWT bukan hanya di tikar solat, tetapi keredaan Allah SWT juga wujud di premis organisasi tempat kita mencari rezeki dan kehidupan.

Cari keberkatan hidup di premis kerja

Justeru, jadikanlah premis kerja kita sebagai sejadah untuk kita mendapat keredaan dan keberkatan hidup dunia dan akhirat.

Bekerja dengan penuh kesungguhan dan pada masa sama melakukan amalan ibadah solat adalah dua perkara yang akan membina keperibadian yang tinggi dalam diri seseorang.

Bekerja sebagai satu tanggungjawab untuk melunaskan amanah Allah adalah perkara yang amat dituntut.

Seseorang yang bekerja secara bersungguh-sungguh kerana mahu menunaikan kewajipan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini memenuhi tuntutan perintah Allah dalam melaksanakan amanah mereka.

Cara memberi kebaikan kepada orang lain adalah dengan bekerja atau berkhidmat adalah perbuatan yang amat mulia.

Seseorang yang memperelokkan perbuatannya melalui pekerjaan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh akan disayang Allah SWT dan disenangi oleh manusia lain.

Cuba bayangkan, jika ada pekerja yang rajin berusaha, gigih dalam melaksanakan tugas dan taat kepada perintah agama tentunya akan disenangi majikan dan rakan-rakan satu organisasi.

Seseorang yang faham akan tuntutan ajaran agama tidak akan sibuk mendapat pujian atau mencari penghormatan manusia, tetapi apa yang penting adalah keredaan Allah SWT.

Justeru mereka ini tidak akan sibuk mencari kesilapan orang lain atau merungut dengan apa yang ada di sekeliling mereka, tetapi akan selalu bertindak dan berusaha bagaimana memajukan organisasi tempat dia berkhidmat.

Sewajarnya tidak akan timbul sebarang konflik antara solatoliks dan workaholicskerana sewajarnya kedua-dua perkara itu perlu bergerak seiring dan difahami secara seimbang.

Seperti yang disebut oleh sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selamanya. Beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esok."

Penulis adalah Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa IKIMfm
 
Adapun orang bukan Islam yang memeluk Islam, dia tidak perlu mengqadha’kan solat-solat yang dia tidak lakukan sewaktu kafir dahulu kerana itu akan menakutkannya untuk masuk Islam, bahkan Imam al-Nawawi berkata dalam al-Majmu` Syarh al-Muhadzdzab (3/4) bahawa amalan kebajikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam sebelum memeluk Islam akan dianggap sebagai amalan yang diganjarkan pahala di akhirat kelak.
 
Daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma bahawa tatkala Rasulullah ﷺ menghantar Muadz bin Jabal ke Yaman, baginda berpesan kepada beliau:

إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الكِتَابِ، فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى، فَإِذَا عَرَفُوا ذَلِكَ، فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي يَوْمِهِمْ وَلَيْلَتِهِمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya engkau akan bertemu dengan kaum daripada golongan Ahli Kitab, maka jadilah seawal-awal perkara yang engkau serukan kepada mereka ialah untuk mentauhidkan Allah, maka jika mereka telah mengetahuinya, lalu khabarkanlah kepada mereka bahawa Allah telah menfardhukan ke atas mereka lima waktu solat pada waktu siang dan malam mereka.”

Riwayat al-Bukhari (7372)
 
SOLAT MEMBENTUK PEKERJA BERINTEGRITI

yg nie apa yg saya nampak depan mata kepala saya sendiri
xder mana nya berintegriti
solat dijadikan alasan sahaja... selebihnya curi tulang

1) solat paling lama pon berapa minit??
habis kalau dah duduk kat surau..solat.. pastu tdor sampai 3 jam... mana integriti nya??
2) alasan g solat... pastu duduk dlm surau baca al quran...mana integriti nya... dia di bayar gaji utk bekerja.. bukan utk baca al quran ( nak baca al quran lelama bacalah.
.tpi bukan dlm masa bekerja) ...dah kekawan lain tampung tugas dia... gaji dia berkat ker??

mcm mcm hal perangai manusia
 
Bila kita paham solat itu adalah amalan ritual maka dia tak akan ubah perangi kita.

Rajin solat tapi masih berperangai menyusahkan orang, nak jadi apa.
 
Solat memang wajib bila akal da matang, da baligh, da bole paham

Tp kalau da solat pun masih buat jahat
Den tak tau nak ckp apa lah
Akal tak matang lg la tu

Mcm ikut org buat tanpa tujuan
Elok belajar balik arti solat tu
 
Back
Top
Log in Register