BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

''Kenapa tak solat?''

Ya Allah di bulan yg mulia ini terimalah segala solatku dan amal ibadahku yg lain, aku beribadah hanya semata-mata keranaMu ya Allah, bukan kerana manusia, bukan kerana makhluk..walaupun ibadahku mungkin sedikit dan banyak kekurangan namun terimalah ya Allah, aku beribadah ikhlas hanya keranaMu, hanya untuk meraih redhaMu
 
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّـهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّـهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا ٱللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَن يَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ

Maksudnya :” Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

(Surah Al-Taubah : 18)
 
Kuala Lumpur: Usaha penyanyi dan pengacara, Alif Satar melancarkan kempen #GengSubuhMacamJumaat pada hari pertama 2024 mendapat sambutan hebat daripada pelbagai lapisan usia.

Kira-kira 3,000 jemaah menyertai kempen yang dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini, disusuli dengan acara berjoging beramai-ramai.


Menurut Alif, dia terharu apabila kempen berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

"Alhamdulillah, terima kasih semua yang datang dan memeriahkan kempen ini. Kita hendak sambung momentum seterusnya cabaran 40 hari #GengSubuhMacamJumaat sebelum tiba Ramadan yang hanya tinggal kira-kira 70 hari lagi dari sekarang.


"Kalau cabaran Ironman (pertandingan kecergasan) hanya saya seorang boleh buat, tetapi cabaran subuh ini semua orang boleh buat.

"Sekiranya ada mana-mana ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang nak buat perkara sama, boleh hubungi AJK Masjid Saidina Umar. Kita teruskan tanda pagar ini.


"Pada mereka yang belum mula lagi, saya tidak tahu apa yang anda tunggu lagi… Jom sama-sama kita jayakan," tulisnya di Instagram.

Tambah Alif, sejak memulakan kempen itu pada November tahun lalu dia mendapati ia semakin berkembang dan lebih menarik lagi apabila disusuli aktiviti berlari yang turut ditemani ramai rakan baharu.

Lebih mencuit hati ada dikalangan jemaah yang mengiringi Alif berlari sekalipun dengan berkain pelikat dan berselipar.

Alif mendapat ilham mencetuskan kempen berkenaan selepas mendengar ceramah seorang ustaz berkaitan isu Palestin membayangkan program sama akan diteruskan pada acara KL Free Car Morning pada masa akan datang.


>>Jom la kita join geng subuh macam jumaat ni..tunggu apa lagi
 
” Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yang telah difardukan oleh Allah, maka kedua-dua langkahan kakinya itu salah satunya menghapuskan dosa dan yang lain mengangkat darjat.”

Riwayat Muslim (1553)
 
KUANTAN - Lebih 1,500 peserta RXZ Fighter mengambil peluang untuk mengikuti program islamiah menerusi Subuh Warrior Subuh Macam Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada Sabtu.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, tanggungjawab kepada agama tidak diabaikan walaupun para peserta bersemangat untuk berhimpun pada program RXZ Fighter yang diadakan di Serambi Teruntum di sini.

"Dalam suasana gembira untuk menjayakan himpunan RXZ Fighter ini, jangan sekali-kali kita lupa amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini.

"Hari ini kita disambut meriah oleh jawatankuasa masjid negeri yang menyediakan makanan bagi meraikan peminat RXZ yang hadir dari seluruh negara di Kuantan sempena event RXZ Fighter ini," katanya.

Beliau turut hadir pada Subuh Warrior Subuh Macam Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini.

Peserta RXZ Fighter ikuti program islamiah menerusi Subuh Warrior Subuh Macam Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada Sabtu.
Hadir sama, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah dan solat Subuh telah diimamkan oleh Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Muhammad Izzan Idris Al-Hafiz.

Subuh Warrior Subuh Macam Jumaat dimeriahkan lagi dengan kuliah Subuh yang disampaikan Timbalan Mufti Negeri Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin.

Di sekitar pekarangan masjid negeri dipenuhi motosikal RXZ dan pelbagai jenis motosikal lain yang dilihat menyambut baik Program Santunan Subuh Macam Jumaat.

Selepas Subuh Warrior Subuh Macam Jumaat, peserta RXZ Fighter berhimpun di Serambi Teruntum bagi mengikuti pelbagai acara dan pengisian yang telah diatur pihak penganjur.

Antaranya Pertandingan Airbrush, Pertandingan Dyno Fighter, Sesi Taklimat Keselamatan, Konvoi VVIP ke Serambi Teruntum diikuti acara kemuncak Majlis Perasmian RXZ Fighter dan cabutan bertuah.

Selain di masjid negeri, Subuh Warrior Subuh Macam Jumaat turut berlangsung di Masjid Kampung Padang.

Dalam perkembangan sama, Fadzli turut mengingatkan peserta RXZ Fighter menghormati pengguna jalan raya lain.

"Apa pun kita mesti hormat kepada orang tua, hormat kepada pengguna jalan raya yang lain dan jangan lupa tanggungjawab dan amanah sebenar kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini," ujarnya.
 
Back
Top
Log in Register