akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 60,076
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 60,076
- Reaction score
- 6,938
- Points
- 881
- Awards
- 1
‘Puasa Orang Tak Solat Tidak Diterima Di Sisi Allah SWT & Tidak Mendapat Pahala’
Sekadar gambar hiasan
Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang berkemampuan. Namun, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat adakah sah puasa seseorang jika dia tidak menunaikan solat?
Puasa tapi tak solat?
Pendakwah bebas, Ustaz Kembar berkata bahawa puasa tetap sah dari segi hukum fiqh jika seseorang itu menunaikan syarat dan rukun puasa dengan betul.
Namun, dari sudut ganjaran dan penerimaan ibadah di sisi Allah, meninggalkan solat adalah satu dosa besar yang boleh menjejaskan nilai ibadah puasa itu sendiri.
Puasa orang tak solat ni sah, tidak batal tetapi tidak diterima di sisi Allah SWT dan tidak mendapat pahala.
Walaupun begitu, setiap orang diwajibkan untuk berpuasa, kerana jika tinggalkan puasa maka berdosa besar pula. Jadi, kalau tidak berpuasa dan tidak solat, dia akan dua dosa besar.
Solat tiang agama
Sekadar gambar hiasan
Beliau turut menegaskan bahawa puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mendidik diri untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan taat kepada perintah Allah.
Oleh itu, setiap umat Islam bukan sahaja perlu menjaga puasa, tetapi juga memelihara solat agar ibadah yang dilakukan lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT.
Puasa orang tidak solat ini hanya akan diterima oleh Allah SWT setelah seseorang individu itu bertaubat dan kembali solat serta qada semua solat yang ditinggalkan.
Kerana itu lah, jangan tinggal solat sebab solat adalah tiang agama yang ‘meluluskan’ semua ibadah yang lain. Jika kita gagal dalam solat, maka ibadah lain juga akan turut gagal.
Sumber: TikTok Ustaz Kembar