BTC USD 23,122.8 Gold USD 1,929.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

''Kenapa tak solat?''

ikhlaskanhati

Fun Poster
Messages
288
Joined
Jan 31, 2016
Messages
288
Reaction score
104
Points
33
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ

Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)



Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)
 
Sponsored Post

ikhlaskanhati

Fun Poster
Messages
288
Joined
Jan 31, 2016
Messages
288
Reaction score
104
Points
33
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:



مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al- Bukhari, no. Hadith 36 dan 1870]



Makna Hadith

Hadith di atas bermaksud agar kita bersungguh-sungguh dalam menghidupkan atau membangunkan malam-malam di bulan Ramadhan. Ini kerana, ganjarannya amat besar bagi orang yang membangunkan malam-malam di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT iaitu dihapuskan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan.



Al-Hafiz Ibn Hajar berkata ketika memberi makna “Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan” adalah kita menghidupkan malam-malamnya (Ramadhan) dengan bersolat. Selain itu, beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi memberi maksud menghidupkan Ramadhan adalah dengan solat Tarawih.
 

ikhlaskanhati

Fun Poster
Messages
288
Joined
Jan 31, 2016
Messages
288
Reaction score
104
Points
33
4 Kelebihan Solat Tahajud

1. Allah S.W.T. akan memudahkan pekerjaannya

Yang bermakna, dia akan dimudahkan dalam melakukan kerja seharian. Sebagai contoh, dia akan mudah untuk dinaikkan pangkat di jabatannya sementara orang lain pula akan bersetuju dan suka untuk menjadi pekerja bawahannya. Iaitu dia diangkat kedudukannya dengan disukai bukannya dengan dibenci dan iri hati oleh sesetengah orang.


2. Dibimbing oleh Allah Ta’ala di dalam urusannya

Sebagai contoh, dibimbing Allah semasa bekerja, dibimbing Allah semasa berumah tangga, dibimbing semasa menghadapi masalah dan juga dalam kehidupan seharian.

3. Diberikan jalan penyelesaian yang terbaik ketika menghadapi masalah

Iaitu apabila ditimpa masalah, Allah akan membimbing anda ke jalan penyelesaian yang terbaik. Tetapi hanya didapatkan oleh para hamba-Nya yang solat tahajjud sahaja.


4. Jika diganggu dalam hidupnya, Allah akan menolong tanpa perantaraan

Kerana kelebihan keempat bagi orang yang bangun tahajjud adalah:

وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

(Dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku)

Contoh yang terbaik adalah, jika anda hendak mengelakkan diri anda daripada disihir oleh orang lain, bangun di akhir malam untuk tahajud adalah cara yang terbaik untuk mendapat perlindungan-Nya. Kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung. Sebagaimana firman Allah:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Dialah sebaik-baik pelindung".
 

ikhlaskanhati

Fun Poster
Messages
288
Joined
Jan 31, 2016
Messages
288
Reaction score
104
Points
33


فَإِذا قَضَيتُمُ الصَّلوٰةَ فَاذكُرُوا اللَهَ قِيٰمًا وَقُعودًا وَعَلىٰ جُنوبِكُم ۚ فَإِذَا اطمَأنَنتُم فَأَقيمُوا الصَّلوٰةَ ۚ إِنَّ الصَّلوٰةَ كانَت عَلَى المُؤمِنينَ كِتٰبًا مَّوقوتًا​


Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Surah An Nisa' ayat 103
 

ikhlaskanhati

Fun Poster
Messages
288
Joined
Jan 31, 2016
Messages
288
Reaction score
104
Points
33
TEMERLOH: Meriah. Itu yang dapat digambarkan suasana di Masjid Temerloh Jaya (MTJ) di sini, yang pasti penuh dengan jemaah setiap waktu solat meskipun pada waktu Subuh.

Adakalanya masjid yang mampu memuatkan 800 orang itu tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai sehingga melimpah keluar.

Suasana yang biasa dilihat sejak tiga tahun lalu itu adalah hasil inisiatif pengurusan masjid itu yang proaktif melakukan agenda mengimarahkan masjid menerusi pelan strategik 2016-2020.

Pengerusi MTJ, Dr Abdullah Ismail berkata, mereka menggunakan tagline Masjid TJ, Masjid Kita untuk menarik orang ramai, seterusnya membuatkan jemaah merasakan masjid itu kepunyaan mereka.

Katanya, pada peringkat awal, mereka menyasarkan 10 daripada 13 saf dipenuhi jemaah pada solat Subuh dan Isyak walaupun sebelum itu hanya lima saf yang penuh.

“Kami melakukan sebaran kepada semua ahli kariah menerusi khutbah Jumaat, pengumuman, kempen rumah ke rumah serta platform media sosial dengan menyelitkan motivasi melalui ayat al-Quran dan hadis mengenai kepentingan solat berjemaah.

“Masjid ini bukan saja tempat untuk beribadah, tetapi juga dijadikan pusat kegiatan penduduk dalam apa juga aktiviti bagi memastikan masjid ini menjadi tumpuan penduduk sekitar,” katanya.

Katanya, MTJ turut menubuhkan Pusat Khidmat Komuniti untuk menjaga kebajikan jemaah masjid termasuk pemberian bantuan kepada yang memerlukan, ziarah mesra serta bantuan persekolahan.

“Malah kami juga menganjurkan aktiviti sukan untuk golongan muda bagi menarik minat golongan berkenaan untuk datang ke masjid.

“MTJ tidak berdepan masalah kewangan kerana ramai pihak bersedekah dan berinfak menjayakan program serta agenda masjid,” katanya.


>>>Jom adik kakak abang2 orang lelaki terutamanya kita ramai2 solat berjemaah di masjid.. Penyatuan ummah bermula dari masjid... Islam akan bangkit insyaAllah
 
Sponsored Post

Top
Log in Register