BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

''Kenapa tak solat?''

Solat itu bekerja
1615129772031.jpeg
 
Biasa dlm semayang
Teringat nak buat apa pasni hehe
Benda ni biasa...kehidupan kita di luar solat mempengaruhi kita semasa dalam solat..saya sendiri pun masih belajar..kadang khusyuk kadang kurang..nak jadi orang betul2 khusyuk dalam solat kena jadi orang khawasul khawas...orang mcm ni sepanjang masa ingat pada Allah..sama ada luar atau dalam solat...tapi nak capai tahap tu susah skit la..kita ni kalau dapat capai tahap khawas pun dah ok insyaAllah..walaupun kadang2 ingat kadang kurang ingat pada Allah..tapi sepanjang masa kena usaha untuk perbaiki diri kita..perbaiki ingatan kita pada Allah
 
Benda ni biasa...kehidupan kita di luar solat mempengaruhi kita semasa dalam solat..saya sendiri pun masih belajar..kadang khusyuk kadang kurang..nak jadi orang betul2 khusyuk dalam solat kena jadi orang khawasul khawas...orang mcm ni sepanjang masa ingat pada Allah..sama ada luar atau dalam solat...tapi nak capai tahap tu susah skit la..kita ni kalau dapat capai tahap khawas pun dah ok insyaAllah..walaupun kadang2 ingat kadang kurang ingat pada Allah..tapi sepanjang masa kena usaha untuk perbaiki diri kita..perbaiki ingatan kita pada Allah

Betul ltu
Kene perbaiki slalu

sbb tu sembahyang ni wajib pd org yg akil baligh..yakni akal nya sampai, akal yg matang

bila akal da matang, sembahyangnya berterusan..nama nya daimun
Bermakna sembah tuhan bukan 5x saja, hakikat sebenar ialah 24 jam mengabdikan diri Sembah tuhan slalu..sering fokus, tau misi tujuannya

Sembah ritual tu hanyalah pelajaran saja
Kalau itu pun gagal, makna nya luaran nya pun gagal

mari lah sembahyang
Mari lah berjaya
Sembahyang pelihara dr mungkar & kejahatan..
Slalu mengucap
Kata tuhan esa
Tp kat luar, byk2 tuhan
Kuat menipu plak tu
Kaki spinner :D
Sbb nak jd sama mcm tuhan
Nak kejar duit
Duit tu la tuhan sebenar

sama jg mcm puasa
Kalau setakat hanya ritual puasa setiap thn, dpt lapar dahaga je
Lepas raya, kelaut
Hakikatnya puasa utk mendptkan taqwa
 
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
  1. Qalbi (diingat dalam hati)
  2. Qauli (diucap dengan lidah)
  3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]
Note: tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)
 
Firman Allah ﷻ pada menerangkan waktu-waktu solat:

فَسُبْحَانَ اللَّـهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ ﴿١٧﴾ وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ ﴿١٨﴾

Maksudnya: “(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.”

(Surah al-Rum: 17-18)

Menurut Abdullah bin Abbas R.Anhuma, bertasbih dalam ayat di atas bermaksud solat. Manakala “semasa berada pada waktu malam” bermaksud solat fardhu Maghrib dan Isyak, kemudian solat fardhu Subuh sewaktu pagi, solat fardhu Asar pada waktu petang dan solat fardhu Zohor pada waktu gelincir tengahari.

Rujuk al-Umm oleh Imam al-Syafie (1/86) dan al-Bayan fi al-Madzhab al-Syafie (2/20) oleh Imam Abu al-Hussain al-Imrani.
 
Back
Top
Log in Register