BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan Salur RM747,000 Kepada Lebih 1,000 Pelajar Cemerlang SPM, STPM Dan STAM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Kelantan Salur RM747,000 Kepada Lebih 1,000 Pelajar Cemerlang SPM, STPM Dan STAM​

1fcb722c475c161e652082e490ea982e6a40c99248000

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2025 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM747,000 sebagai sumbangan kecemerlangan kepada 1,494 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata setiap pelajar menerima RM500 sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap pencapaian akademik mereka.

Beliau berkata jumlah pelajar cemerlang pada tahun itu meningkat berbanding 1,300 pelajar pada tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan peningkatan prestasi pendidikan di negeri itu.

"Pendidikan merupakan keutamaan kerajaan negeri, sebab itulah kita sanggup membelanjakan peruntukan yang besar bagi memastikan pembangunan pendidikan termasuk sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) terus diperkasakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2025 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohd Nassuruddin berkata selain sumbangan kecemerlangan, kerajaan negeri turut menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan menerusi Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) kepada anak Kelantan yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, malah pinjaman itu akan ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar memperoleh keputusan cemerlang di universiti.

Pada majlis itu, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa, Tumpat, Siti Maisarah Yahya Lotfi menerima anugerah berkenaan selepas dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan STPM 2025 Peringkat Kebangsaan.

Sementara itu, mengulas isu pemilikan tanah membabitkan peneroka di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di Gua Musang, Mohd Nassuruddin berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan meneliti perkara itu secara menyeluruh.

Beliau berkata penelitian segera perlu dilakukan bagi memastikan fakta sebenar dikenal pasti sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk dakwaan membabitkan status hak milik tanah yang dikatakan telah berubah kepada kawasan hutan simpan.

 
Back
Top
Log in Register