BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Permaisuri Agong Rai Pelajar Cemerlang SPM, STAM B40Â

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
407599ef028fc034d7b3805983ca820b69f1e0b433991

2c764dd0948ba4b117520772fe4dc7a969f1e13f90f4e

ac4774b50fe59b5564b7ac3021f760f269f1e0deed20f

aaecc41f538f71a5d4d78e502303ea0e69f1e163bbebb

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah (duduk, tengah) berkenan bergambar bersama para pelajar cemerlang sebelum menyampaikan sumbangan kepada 210 pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada golongan B40 pada Majlis Meraikan Pelajar-Pelajar Cemerlang di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Meraikan Pelajar-Pelajar Cemerlang di Istana Negara, di sini.

Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada 66 daripada 210 penerima, yang terdiri daripada pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dalam kalangan keluarga B40.

Penerima sumbangan hari ini terdiri daripada 10 pelajar cemerlang bagi setiap kategori, iaitu SPM Kebangsaan, SPM Negeri Johor, SPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, SPM Sekolah Agama Bantuan Kerajaan serta Maktab Rendah Sains MARA, selain enam daripada SPM Putrajaya.

Turut menerima sumbangan daripada Raja Permaisuri Agong ialah 10 pelajar cemerlang peperiksaan STAM.

Hadir sama pada majlis ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Aminuddin Hassim serta Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.

 
Back
Top
Log in Register