BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Permaisuri Agong Kurnia Penghargaan Kepada 28 Pelajar Cemerlang Bahasa Inggeris

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4e6e346b067935f99ad925ba714c7f58697c8bac5eee1

d08869b1f362a5122259c60a587cf984697c8ba4f1746

fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan sijil penghargaan kepada 28 pelajar Malaysia yang telah meraih kejayaan dalam pertandingan bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pengurniaan sijil itu berlangsung dalam satu sesi menghadap di Dewan Seri Temenggong, Istana Negara di sini, semalam.

Pelajar berkenaan terdiri daripada pelbagai kaum dari seluruh negara, yang pernah memenangi pertandingan bahasa Ingegris antaranya di Itali, Amerika Syarikat, Brazil, United Kingdom dan Singapura.

Hadir sama majlis pengurniaan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Antara penerima penghargaan ialah Evangeline Khoo dan Liew Erynn dari Kuala Lumpur memenangi pertandingan The Queen’s Commonwealth Essay Competition di London pada 2024.

Sebelum ini, Khoo dan Liew pernah menerima penghargaan daripada Permaisuri Camilla di Istana Buckingham, London.

"Kami tidak menyangka dengan sebuah esei, kami dapat bertemu dengan dua Permaisuri dalam hidup kami. Pada hari ini, kami dapat masuk ke Istana Negara dan menerima penghargaan daripada Raja Permaisuri Agong.

"Ini adalah penghormatan tertinggi dan paling istimewa dalam hidup kami," kata mereka kepada Royal Press Office (RPO).

Sementara itu, pemenang pingat emas Global English Language Olympiad of Southeast Asia (GELOSEA) 2025 di Incheon, Korea Selatan, Darrel Nathaneal Buko Desmond dari Sarawak berkata penghargaan diterimanya menjadi pembakar semangat untuk terus menuntut ilmu.

 
Back
Top
Log in Register