Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Agong Kurnia Biasiswa Kepada 14 Penerima Cemerlang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama penerima biasiswa pada Majlis Penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2026 di Istana Negara hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2026 kepada 14 penerima cemerlang pada Majlis Penganugerahan BYDPA di Istana Negara di sini.
Seri Paduka Baginda berkenan menyampaikan biasiswa berkenaan kepada tujuh penerima di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan tujuh penerima di peringkat Sarjana (Penyelidikan).
Daripada jumlah itu, empat penerima akan melanjutkan pengajian di universiti terkemuka luar negara manakala 10 lagi meneruskan pengajian di universiti penyelidikan tempatan.
Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Wan Ahmad Dahlan yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata BYDPA merupakan biasiswa sangat berprestij di negara ini dan pembiayaannya adalah tertinggi dalam kalangan biasiswa ditawarkan kerajaan.
Berita lanjut menyusul.