kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Agong Kurnia Sumbangan RM500,000 Kepada Mangsa Kebakaran Sabah
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan bantuan peribadi berjumlah RM500,000 kepada mangsa kebakaran di daerah Kudat dan Sandakan, Sabah ketika Majlis Kurniaan Bencana Negeri Sabah di Istana Negara hari ini.
Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan kurniaan oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) Tan Sri Avinderjit Singh (kanan) kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (kiri).
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM500,000 kepada mangsa kebakaran di daerah Kudat dan Sandakan, Sabah.
Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan kurniaan oleh Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) Tan Sri Avinderjit Singh kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu upacara di Istana Negara di sini.
Sumbangan itu disalurkan menerusi YSIJ bagi membantu meringankan beban lebih 1,000 mangsa yang terjejas akibat kebakaran di kedua-dua daerah berkenaan pada April lepas.
Menurut maklumat kejadian, kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat pada 16 April memusnahkan lapan rumah dan menjejaskan 67 mangsa daripada 18 Ketua Isi Rumah (KIR).
Kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan pula adalah insiden berskala besar yang memusnahkan 1,050 daripada 1,200 rumah di kawasan berkenaan.
Kejadian itu turut menjejaskan sekurang-kurangnya 914 KIR.
Kerajaan Negeri Sabah menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah kini sedang menyelaras bantuan kebajikan, bantuan kemanusiaan serta usaha penempatan semula bagi mangsa yang terlibat.