BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPM Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Pulau Nunuyan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JPM Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Pulau Nunuyan​

1d97f9d6e8d34359c044a103e24204096a86f2ee6b974

35577fc5f6a42a2c28027699685a317d6a86fd4b96178

b2df9b1c1c40cfbb6e6e87f30d073baa6a86fd5e3756d

2b895da088d3e1f045c97344fe93dee86a86fd734c5b8

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud (tengah) mendapatkan maklumat berhubung kejadian kebakaran daripada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Walter Kinson (kanan) ketika melawat lokasi kebakaran rumah di Kampung Nunuyan Laut, Pulau Nunuyan.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menyalurkan bantuan awal kepada 29 ketua isi rumah yang terjejas dalam kebakaran di Pulau Nunuyan Laut di sini semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM mengambil inisiatif segera bagi meringankan beban mangsa, termasuk memberi bantuan kerusi roda kepada warga emas yang memerlukan.

"Kita meminta pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan agensi berkaitan untuk duduk bersama meneliti segala keperluan mangsa. Saya juga memohon agar infrastruktur asas yang rosak seperti jeti yang melibatkan anak-anak ke sekolah agar MPS usul kepada ICU untuk diperbaiki segera.

"Kita tidak mahu rutin harian anak-anak yang berulang-alik ke sekolah terganggu disebabkan musibah ini," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kebakaran di Pulau Nunuyan bersama Presiden MPS Datuk Walter Kenson hari ini.

Sementara itu, Walter berkata MPS akan menggerakkan Jabatan Luar Bandar untuk melihat tindakan terbaik bagi perancangan atau penempatan semula mangsa kebakaran ke kawasan sesuai termasuk rizab kampung.

"Kita juga akan berbincang dengan dua pemilik tanah persendirian yang diduduki oleh mangsa kebakaran. Jadi, ini keadaan sebenar iaitu mangsa kebakaran duduk di atas tanah persendirian melibatkan dua lot tanah atau geran tanah, kita akan lihat semuanya," katanya.

Walter berkata perancangan itu turut merangkumi penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, dan jeti bagi memastikan kebajikan jangka panjang penduduk terjamin.

Semalam 28 rumah musnah dalam kebakaran kira-kira 3 pagi di Kampung Nunuyan Laut, Pulau Nunuyan Laut di sini mengakibatkan lebih 100 mangsa hilang tempat tinggal.

 
Back
Top
Log in Register