BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JAKOA Akan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Orang Asli Teluk Jawa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
77a319c2db721e078ef3d1fe8234ca35698db63184cd1

Kredit: JAKOA Johor

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor akan menyalurkan bantuan awal dalam bentuk bakul makanan kepada lebih 100 mangsa kebakaran di Kampung Orang Asli Teluk Jawa di sini bagi meringankan beban mereka.

Pengarah Jakoa Johor Faisal Long berkata kebakaran pagi tadi memusnahkan 30 rumah atas air dengan majoriti mangsa daripada suku Seletar yang melibatkan 41 ketua isi rumah.

“Kita segera memaklumkan kejadian kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi tindakan lanjut termasuk pengurusan penempatan sementara mangsa yang akan ditentukan oleh mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Faisal berkata Jakoa juga menggerakkan pegawai ke lokasi bagi membantu pengumpulan maklumat serta menyelaras keperluan mangsa dengan agensi terlibat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan akan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi menguruskan aspek logistik.

Sementara itu, penduduk kampung itu berkata kebakaran pada 6.50 pagi menyebabkan kebanyakan penduduk tinggal sehelai sepinggang disebabkan api marak dengan sangat cepat ekoran angin kuat dan kedudukan rumah yang rapat.

Wakil Tok Batin Awie Mee, 43, berkata kebakaran turut memusnahkan motosikal dan bot penduduk kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan.

Mangsa Yati Mee , 45, mendakwa kebakaran memusnahkan wang simpanannya kira-kira RM10,000 hasil jualan kupang dan ketam serta dua bot bernilai sekitar RM30,000.

“Kejadian berlaku semasa saya baru pulang menghantar anak ke sekolah. Sampai sahaja, api sudah marak dan tidak sempat menyelamatkan apa-apa,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Seorang lagi mangsa Murai Toh, 52, berkata sebuah enjin bot nelayan miliknya bernilai kira-kira RM6,000 musnah dalam kebakaran itu.

 
Back
Top
Log in Register