BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sawit Kinabalu Serah 300 Kotak Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
736312cc6493c2225aaedbbd94c4b66d69eb22681543d

ADUN Sungai Manila yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa (empat kanan), menyerahkan sumbangan Kumpulan Sawit Kinabalu untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan, Irman Tajuddin Edy, ketika lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa kebakaran di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA


Sawit Kinabalu, sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Sabah, hari ini menyerahkan kira-kira 300 kotak bantuan mengandungi barangan keperluan mandian termasuk kain sarung wanita kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia.

Pengerusi Sawit Kinabalu Hazem Mubarak Musa berkata sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program bantuan bencana alam syarikat berkenaan.

“Selain Sawit Kinabalu, turut bersama ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyumbangkan 200 bakul makanan kepada mangsa kebakaran.

“Kesemua sumbangan ini diserahkan kepada Jabatan Pengurusan Bencana Daerah untuk diselaraskan pengagihan kepada mangsa kebakaran di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di PPS Projek Perumahan Rakyat Taman Batu Sapi, di sini.

Hazem Mubarak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila berkata pihaknya telah turun padang menyampaikan sumbangan 100 kotak air mineral kepada mangsa terjejas pada hari pertama kejadian kebakaran berkenaan.

Pada Ahad lepas, sebanyak 1,000 rumah atas air musnah dalam kebakaran di kampung itu yang menyebabkan lebih 9,000 penduduk terjejas.

 
Back
Top
Log in Register