BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebanyak 1,912 Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia Ditempatkan Di Lapan PPS

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
a3531f1231cc6b76489c769d79b05b7a69e81c1609ab5

Mangsa kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia Nurjaima Kassim menguruskan anaknya Nuraina Munira yang berusia 28 hari di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, Sandakan.

Sebanyak 1,912 mangsa daripada 385 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan mangsa ditempatkan di PPS Dewan Program Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Gas, Dewan SK Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi, Dewan Sibuga, dan SK Karamunting yang dibuka pada Ahad lepas.

"Dua lagi PPS telah dibuka pada Isnin, iaitu Dewan Serbaguna Warga Tua dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hwa. Trend mangsa yang ditempatkan di PPS pagi ini meningkat," menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan berkenaan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pada Ahad, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia, Sandakan memusnahkan kira-kira 1,000 rumah, melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

 
Back
Top
Log in Register