BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Kampung Bahagia: Enam PPS Dibuka Di Sandakan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
3e54ee98f2e24d06a5ae9ba9ef6374b269e4c497dcd69

Kira-kira 200 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air.

Sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka dan menempatkan 248 orang daripada 219 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Sandakan setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa ditempatkan di beberapa PPS termasuk Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan Gas, Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga serta Sekolah Kebangsaan Karamunting.

Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan mangsa masih dalam proses kemas kini berikutan pendaftaran di beberapa PPS masih berjalan.

Semalam, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia di Sandakan mengakibatkan kira-kira 1,000 rumah musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata kebakaran itu melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

 
x paham jgk apa keperluan buat rumah atas air ni..punya luas tanah kt sabah tu..bile buat rumah smua rapat2 pastu bercambah banyak rumah..atau munkin kalu buat rumah atas air x perlu lg la nk beli tanah,kene bayar cukai tafsiran kt pbt..smua free..

bile terbakar abis merebak kene smua
 
Back
Top
Log in Register