BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua PPS Dibuka, Lokasi Kebakaran Diisytihar Kawasan Bencana

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Dua PPS Dibuka, Lokasi Kebakaran Diisytihar Kawasan Bencana​

699b6e3e2729a9550fcbd76d7c89a5ac6a93d0848e704

1ab46bd8274a2278fee4fd59045bd9e66a93d0b49adf1

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Datuk Seri Dr Sabin Samitah mendengar taklimat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika meninjau kawasan kebakaran di Kampung Lok Buta di Numbak yang menhgorbankan tiga kanak-kanak awal pagi 30 Ogos, 2026.


Kredit : JBPM Sabah


Dua pusat pemindahan sementara dibuka, iaitu Dewan Kampung Likas dan Dewan Damai bagi menempatkan lebih 200 mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Lok Buta di Numbak, awal pagi hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata ia bagi memudahkan pendaftaran dan koordinasi kepada semua mangsa yang terlibat, sekali gus memastikan sumbangan dapat disalurkan dengan lebih teratur.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga telah mengisytiharkan kawasan berkenaan sebagai kawasan bencana.

"Saya juga menekankan tentang perlunya mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat kerana kita tidak mahu kebakaran ini menyebabkan proses pembelajaran mereka terhenti," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata beliau akan menyalurkan maklumat kepada Kementerian Pendidikan bagi memastikan pelajar sekolah mahupun penuntut Institusi Pengajian Tinggi serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan.

Beliau juga turut meminta pihak DBKK bersama agensi yang berkaitan mengadakan mesyuarat untuk sebarang cadangan berkenaan kawasan yang dilanda bencana itu.

"Kita akan ada mesyuarat Jawatankuasa Induk Perjanjian Malaysia (MA63) Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan juga Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) dijangka hadir. Mungkin ketika itu bolehlah Mayor DBKK berikan taklimat kepada kedua-dua pemimpin untuk mempertimbangkan apa yang perlu kita buat untuk kawasan ini," katanya.

Mustapha berkata pihaknya juga akan memberikan bantuan awal kepada tiga ahli keluarga yang terkorban dalam kejadian pada 1.40 pagi hari ini.

 
Back
Top
Log in Register