BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPBD Isytihar Bencana Kebakaran Di Sandakan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JPBD Isytihar Bencana Kebakaran Di Sandakan​

182156b2ec0ff4bb463290c2069bc26a6a850dae7da7a

Kredit: JBPM Sabah

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan mengisytiharkan bencana kebakaran di daerah berkenaan hari ini susulan kebakaran melibatkan 28 rumah di Pulau Nunuyan Laut awal pagi tadi.

Pengerusi JPBD Sandakan Datuk Walter Kenson berkata pengisytiharan bencana itu dibuat pada 9 pagi.

“Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di Masjid Al Fattah Kampung Nunuyan Laut pada 10 pagi.

"PPS diaktifkan selepas pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas bencana didapati tidak selamat untuk didiami," katanya.

Beliau berkata proses pendaftaran mangsa kebakaran sedang dilakukan ketika ini.

 
Back
Top
Log in Register