BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPS Dibuka, 310 Mangsa Kebakaran Di Tawau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,232
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,232
Reaction score
346
Points
141
04dc3da4ceddcf58768bd653d5d191f16980ba6ec2ccf

Gambar fail

Sebuah pusat pemindahan sementara  (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Kompleke Sukan Tawau di sini pada 5 petang tadi bagi menempatkan mangsa kebakaran melibatkan 40 rumah di Kampung Titingan pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau Mohd Shoffian Mohd Said berkata susulan kejadian itu,  Tawau diisytiharkan sebagai kawasan bencana kebakaran.

"Pengisytiharan ini dibuat berdasarkan laporan serta maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi berkaitan dalam JPBD," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan setakat ini seramai 310 mangsa membabitkan 70 ketua rumah direkodkan terjejas akibat kebakaran berkenaan.

Menurut kenyataan itu, mangsa terdiri daripada 104 lelaki, 102 wanita, 50 kanak-kanak lelaki dan 54 kanak-kanak perempuan, dengan jumlah mangsa ini dijangka meningkat.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau melaporkan kira-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, di sini, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

 
Back
Top
Log in Register