combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,402
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,402
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Operasi SAR Pemancing Terakhir Disambung Esok
Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Leftenan Nur Affiq Nor Hisham (kiri) semasa ditemui wartawan mengenai operasi mencari dan menyelamat hari kelima mangsa yang hilang di perairan One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC), Jeti Sementa Klang hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pemancing yang dilaporkan hilang di One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam di sini, Isnin lepas akan disambung semula esok.
Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Leftenan Nur Affiq Nor Hisham berkata operasi pencarian yang memasuki hari kelima ditangguhkan pada 7 malam tadi berikutan tiada petunjuk baharu.
“Setakat ini, tiada sebarang maklumat diterima daripada aset di laut dan udara yang melakukan SAR bermula pagi tadi. Mangsa terakhir belum ditemukan dan operasi akan disambung semula pada 7 pagi esok," katanya ketika ditemui di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Sementa, di sini hari ini.
Beliau berkata radius pencarian operasi itu esok akan ditetapkan berdasarkan keadaan pasang surut air, cuaca dan arah angin.
“Keadaan angin boleh menolak mangsa ke arah tertentu dan kita akan pastikan kawasan pencarian ditetapkan dengan betul.
"Operasi melibatkan sebuah Kapal Maritim (KM) Nusa, pesawat CL415MP dan bot peronda RH33 Pasukan Polis Marin (PPM) itu akan kekal menumpukan kawasan perairan sempadan Selangor dan Perak," katanya.
Sementara itu, keluarga kepada Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37, menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan mayat yang ditemukan di perairan Hutan Melintang semalam ialah pemancing berkenaan.
Bapa saudara mangsa, Khairul Muhidin, 47, berkata prosedur itu perlu dilakukan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi pengesahan identiti.
“Ini berikutan keadaan mayat itu telah beberapa hari berada di laut sehingga menyukarkan proses pengecaman secara fizikal.