combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras semalam, diteruskan petang ini di sekitar saluran air utama Jalan Tok Susu, Kampung Bukit Dukung.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini semalam, ditangguhkan pada 7.30 malam tadi dan akan disambung 8 pagi esok.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata 22 anggota penyelamat termasuk tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air terlibat dalam operasi hari ini.
Beliau berkata operasi pencarian melibatkan kawasan dalam radius kira-kira lima kilometer.
“Setakat 7.30 malam tadi mangsa masih belum ditemukan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola yang terjatuh, sebelum dihanyutkan arus deras.
Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.08 malam.
Operasi SAR Kanak-kanak Hilang Jatuh Longkang Disambung Esok
bomba, operasi, SAR, lemas, longkang