BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

J&T Express Malaysia Terus Salur Bantuan, Logistik Kepada Mangsa Kebakaran Di Sandakan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
5c859971393fc9e29c0998caff5fe2eb69fd501ed79e5

15a73855b905c542f87015cf198e567269fd5033c07ca

da481672f764206028a74eba6da5405b69fd504b6cc4d

848f6a8c3df95a822dc38d5a44aba23e69fd5062c6424

Kredit: J&T Express

J&T Express Malaysia telah menggerakkan sumber logistiknya bagi membantu mereka yang terjejas kebakaran di Kampung Bahagia di sini baru-baru ini, yang memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan menyebabkan 9,007 penduduk hilang tempat tinggal.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Penjenamaan J&T Express Malaysia Steve Yap berkata syarikat itu bekerjasama rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Sime Darby bagi menyediakan sokongan logistik percuma untuk penghantaran bekalan bantuan ke kawasan terjejas.

Beliau berkata J&T Express Malaysia turut menggerakkan beberapa fasa bantuan keperluan asas berdasarkan keperluan semasa keluarga terlibat bagi memastikan bantuan berterusan sepanjang tempoh pemulihan.

“Kami amat prihatin terhadap situasi di Sandakan. Sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu, kami segera berhubung dengan pihak berkaitan dan menggerakkan sumber sedia ada bagi melengkapkan operasi bantuan yang sedang dijalankan.

“Kami akan terus memantau situasi semasa dan menyalurkan bantuan tambahan sekiranya diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yap berkata menerusi rangkaian logistik syarikat yang meluas di seluruh negara, J&T Express Malaysia terus memainkan peranan penting dalam memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan dapat dilaksanakan secara cekap dan dipercayai ketika situasi kecemasan.

Beliau berkata syarikat itu juga terbuka untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan dan rakan sektor swasta dalam pelbagai inisiatif sokongan komuniti pada masa hadapan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) boleh menghubungi J&T Express Malaysia menerusi e-mel di [email protected].

 
Back
Top
Log in Register