BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

J&T Express Malaysia Terus Perkukuh Komitmen Terhadap ESG

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80
40b855c9dfd0299fd85e9a19b191319f69f17c966db82

51230d3a09f01c58a6db9f01b66a2e3769f17ca214e84

85f0622d4d20d14713d6765f9d42f76c69f17cad2b77f

Kredit: J&T Express

J&T Express Malaysia sekali lagi menegaskan komitmennya terhadap pembangunan mampan susulan penerbitan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kumpulan J&T Express 2025, yang menggariskan pencapaian global dalam operasi hijau, pembangunan tenaga kerja dan tanggungjawab sosial.

Syarikat itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa di peringkat global, J&T Express terus memperkukuh transformasi ESG melalui pengoptimuman logistik berasaskan kecerdasan buatan (AI), penyelesaian pengangkutan hijau serta inisiatif pembangunan tenaga kerja di seluruh rangkaiannya.

Berdasarkan usaha tersebut, J&T Express Malaysia melaksanakan pelbagai inisiatif ESG di peringkat tempatan yang memberi tumpuan kepada inovasi alam sekitar, pembangunan bakat dan sokongan komuniti.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan juga memperkenalkan sistem pemantauan armada pintar berasaskan GPS yang menjejaki prestasi kenderaan secara masa nyata serta menganalisis tingkah laku pemanduan seperti melahu, membrek secara mengejut dan memandu secara laju.

Sistem itu membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon di samping meningkatkan keselamatan jalan raya serta kecekapan operasi.

Kenyataan itu menyebut bahawa dari aspek sosial pula, syarikat memperkukuh kepercayaan pelanggan dengan mempercepatkan proses tuntutan untuk bungkusan yang hilang atau rosak, membolehkan pampasan diberikan dalam tempoh 24 jam dengan prosedur dipermudahkan untuk tuntutan kecil.

Dari segi pembangunan bakat, J&T Express Malaysia bekerjasama dengan Pusat Latihan Teknologi Lanjutan (ADTEC) Kuala Lumpur untuk merapatkan jurang antara pendidikan dan industri melalui program latihan praktikal menggunakan trak yang memberikan pelajar pengalaman secara langsung mengendalikan kenderaan dan peralatan logistiknya.

“Syarikat juga menyumbang peralatan profesional bernilai kira-kira RM20,000 bagi menyokong kemudahan latihan, sekali gus mengukuhkan komitmennya dalam melahirkan bakat masa depan dalam bidang logistik.

“J&T Express Malaysia turut memainkan peranan aktif dalam menyokong komuniti, khususnya ketika berlaku sesuatu bencana.

 
Back
Top
Log in Register