BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JWP, PL Salur Bantuan Segera Kepada Mangsa Ribut Di Labuan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80

JWP, PL Salur Bantuan Segera Kepada Mangsa Ribut Di Labuan​

aa2dbcc1d661f22bbcfb508c4d1adfa46a0952be2d2cd

3ac96ad0838eef32d3f8674c0cd4535b6a09529919266

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain (dua, kiri) melakukan lawatan di salah sebuah rumah yang terjejas teruk akibat bencana ribut di Perumahan MPL hari ini.

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyalurkan bantuan kewangan sehingga RM3,000 kepada 22 keluarga terjejas akibat ribut kuat di Kampung Tanjung Aru, Labuan bagi membantu meringankan beban serta mempercepat kerja pembaikan awal kediaman mereka.

JWP dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian ribut menyerupai puting beliung yang melanda kawasan itu pada malam 12 Mei menyebabkan kerosakan pada bumbung, siling dan harta benda penduduk, sekali gus menjejaskan keselesaan serta keselamatan keluarga terlibat.

“Dalam saat sukar seperti ini, rakyat perlu tahu bahawa mereka tidak berdepan situasi ini bersendirian. Bantuan segera amat penting khususnya ketika mangsa masih menguruskan kerosakan rumah, membersihkan kawasan kediaman dan memastikan keselamatan keluarga masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Bantuan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah JWP Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain kepada mangsa yang terjejas, melibatkan keseluruhan 43 unit kediaman di kampung tersebut.

Daripada jumlah itu, 22 rumah mengalami kerosakan teruk, 10 kerosakan sederhana dan 11 lagi kerosakan kecil.

Pada masa sama, Perbadanan Labuan (PL) turut menyalurkan bantuan kewangan tambahan antara RM1,000 hingga RM3,000 mengikut tahap kerosakan dialami mangsa.

“JWP dan PL akan terus memantau keadaan semasa penduduk terjejas serta bekerjasama dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

“Penghargaan turut dirakamkan kepada semua agensi penyelamat, pasukan keselamatan, sukarelawan dan penduduk setempat yang tampil membantu mangsa sepanjang tempoh pascakejadian,” menurut kenyataan itu.

Menurut JWP, usaha membantu dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

 
Back
Top
Log in Register