BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERKESO Salur Bantuan Kepada Mangsa Letupan Universiti

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
e2b632ca3fd310acc8d4d8c9fb9d3464692dbccc02bde

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggerakkan Skuad PERKESO Prihatin bagi meneliti bantuan boleh disalurkan kepada mangsa letupan di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara yang  mengorbankan seorang pelajar, Isnin lepas.

PERKESO memaklumkan dua daripada mangsa yang cedera dalam insiden itu merupakan pencarum di bawah LINDUNG Pekerja, sekali gus melayakkan mereka menerima faedah di bawah skim tersebut.

Menurut pertubuhan itu, kedua-dua mangsa Teh Wee Leon, 32 yang merupakan seorang pensyarah serta kontraktor Liew Yeng Chen, 55, layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) hasil daripada caruman mereka selama ini.

“Selain itu, PERKESO juga akan meneliti faedah lain yang boleh diberikan kepada mangsa. Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan keluarga, yang semestinya masih lagi terkejut dengan insiden menggemparkan ini,” katanya.

PERKESO akan berhubung terus dengan majikan mangsa bagi melaporkan kemalangan tersebut dan melaksanakan proses seterusnya berkaitan pemberian faedah.

Dalam pada itu, semakan lanjut mendapati tiga daripada mangsa yang cedera iaitu kontraktor penyelenggaraan dan pekerja kantin, tidak mempunyai sebarang caruman kepada PERKESO manakala yang selebihnya ialah pelajar.

“Siasatan terperinci akan dijalankan ke atas majikan terlibat bagi mengenal pasti punca majikan tidak mencarum ke atas mangsa yang terlibat (kecuali pelajar),” katanya.

PERKESO memaklumkan pihaknya akan menyalurkan maklumat kes itu kepada agensi lain yang berkaitan bagi memastikan bantuan bersesuaian disampaikan kepada semua mangsa.

Menurut laporan media, seorang pelajar maut manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di Help University pada Isnin lepas.

 
Back
Top
Log in Register