BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Berkenan Kurnia Pingat Kepada 124 Penerima Sempena Hari Keputeraan Rasmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Agong Berkenan Kurnia Pingat Kepada 124 Penerima Sempena Hari Keputeraan Rasmi​

d8ef9ee4de80aad1fd6a19e104e91cd46a364d813312f


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan pingat kepada 124 penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 23 Mac lepas.

Majlis pengurniaan itu disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada Majlis Darjah dan Pingat bagi daerah Muar, Tangkak dan Segamat yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor pada hari ini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebanyak 29 individu menerima Pingat Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP), manakala 19 dikurniakan Pingat Jasa Dan Lama Dalam Pekerjaan (PJP).

Turut dikurniakan adalah Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua kepada 60 penerima dan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Ketiga kepada 16 individu.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Kadi Daerah Muar Mohd Nasri Rahman sebelum diteruskan dengan sembah ucapan taat setia oleh Pegawai Daerah Muar Zainal Eran yang diiringi Pegawai Daerah Tangkak Ungku Suzana Ungku Mohammad dan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi.

 
Back
Top
Log in Register