BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Permaisuri Agong Berkenan Kurnia Bubur Lambuk Kepada Kakitangan Istana Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
30629ac645e351e14ce0fe7d3467badc69a048d5e86f3

44a31c48396ce6cbc5bfccaed91419ae69a048cbb106e

fb Istana Negara

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Tazkirah dan Pengurniaan Bubur Lambuk Istana Negara sempena bulan Ramadan di Istana Negara di sini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan menyerahkan bubur lambuk kepada 500 kakitangan istana pada majlis berkenaan.

Raja Zarith Sofiah juga berkenan menyertai sesi tazkirah yang disampaikan oleh Profesor Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail Al-Qudsy dari Jabatan Syariah, Ekonomi dan Governans Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bertajuk Andai Ini Ramadan Terakhir.

Menerusi catatan itu, Raja Permaisuri Agong menzahirkan bahawa Seri Paduka Baginda menyukai cara penyampaian penuh kelembutan Sharifah Hayaati, anak jati Johor yang dikenali sejak sekitar tahun 2007.

Seri Paduka Baginda turut menunaikan solat fardu zuhur berjemaah di Surau Utama Istana Negara, dan berkenan menandatangani senaskhah buku yang pernah diberikan kepada Sharifah Hayaati ketika beliau ingin melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat pada 2007.

 
Back
Top
Log in Register