BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar SMK Merapok Raih Kejayaan Melangkaui Sasaran, Muncul Pelajar Cemerlang STPM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pelajar SMK Merapok Raih Kejayaan Melangkaui Sasaran, Muncul Pelajar Cemerlang STPM​

1b038f34bb2e83e8166848b7a86712ea6a33aca422a23

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok, Lawas, Fredoline Rinai Felix Den, 20, (kiri) menerima ciuman tahniah daripada ibunya Jennifer Beru, 51, selepas muncul sebagai pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 Peringkat Sarawak.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Bermula dengan sasaran sederhana, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok, Lawas mencipta kejayaan melangkaui jangkaannya apabila muncul sebagai pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Fredoline Rinai Felix Den, 20, mengakui pada awalnya beliau hanya menyasarkan keputusan sekitar Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.50 kerana menyedari peperiksaan itu bukan mudah, namun keputusan PNGK 4 yang diterima hari ini membuktikan bahawa usaha gigih berterusan pasti akan membuahkan hasil.

“Saya sebenarnya tidak sangka akan memperoleh keputusan seperti ini, pada mulanya, sasaran saya hanyalah sekitar 3.5 atau lebih tinggi kerana saya tahu perjalanan mengambil peperiksaan STPM bukan mudah.

“Ada ketika saya rasa sangat sukar dan hampir mahu berputus asa tetapi keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberi semangat dan meyakinkan saya bahawa saya mampu melakukannya,” katanya kepada Bernama selepas majlis pengumuman keputusan STPM Tahun 2025 Peringkat Sarawak di SMK Tun Abang Haji Openg, di sini, hari ini.

Fredoline berkata dorongan yang tidak putus-putus daripada ibu serta guru menjadi kekuatan utamanya untuk terus bertahan ketika berdepan tekanan dan keraguan terhadap kemampuan diri sendiri.

Sementara itu, ibu Fredoline, Jennifer Beru, 51, menyifatkan kejayaan anaknya itu sebagai sesuatu yang amat bermakna.

“Sebagai seorang ibu, saya rasa perkataan yang lebih tepat ialah bersyukur, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana segala usaha yang anak saya lakukan akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata kejayaan anaknya hari ini membuktikan bahawa kecemerlangan bukan hanya lahir daripada kebijaksanaan semata-mata, tetapi daripada gabungan disiplin, sokongan keluarga dan penghargaan terhadap ilmu.

 
Back
Top
Log in Register